web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lewat Buka Semula Sempadan Faktor Malaysia Di Tangga Ke-32 Ranking Daya Saing Dunia IMD 2022

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 2:21PM

Tengku Zafrul berkata antara faktor lain adalah persepsi komuniti perniagaan tempatan dan antarabangsa terhadap peraturan dan undang-undang yang dilihat sebagai kekangan dan kurang mesra perniagaan - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelewatan pembukaan semula sempadan antarabangsa adalah faktor utama penurunan kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2022, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata trend penurunan ranking WCR jelas dilihat kepada negara-negara yang lewat membuka semula sempadan antarabangsa kerana pandemik COVID-19 yang menyaksikan Malaysia berada pada kedudukan ke-32 dalam WCR IMD 2022, turun tujuh tangga berbanding tangga ke-25 pada 2021.

Menurutnya jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Eropah, Malaysia telah mengambil langkah berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk membuka semula sempadan antarabangsa pada 1 April 2022 dengan mengambil kira dari segi mengimbangi nyawa rakyat dan kelangsungan hidup rakyat.

“Berikutan kelewatan itu berbanding negara-negara lain, menyebabkan kedudukan Malaysia dalam ranking Daya Saing Global jatuh,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) berhubung faktor menyebabkan penurunan ranking Malaysia dalam WCR IMD.

Tengku Zafrul berkata antara faktor lain adalah persepsi komuniti perniagaan tempatan dan antarabangsa terhadap peraturan dan undang-undang yang dilihat sebagai kekangan dan kurang mesra perniagaan.

Sehubungan itu, menurutnya MITI sedang memperhalus cadangan untuk memudahkan perniagaan bagi membantu syarikat-syarikat tempatan dan luar negara yang ingin melabur di Malaysia.

Menjawab soalan tambahan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) berhubung cadangan kerajaan untuk meyakinkan pelabur dengan cara menetapkan semula ekonomi khususnya menerusi pembangunan bidang pertumbuhan baharu, beliau berkata dalam usaha mewujudkan ekosistem pelaburan lebih mampan di Malaysia, MITI dan agensinya telah melaksanakan pelbagai strategi untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi ke Malaysia.

Antara strategi utama yang telah dan sedang dilakukan adalah dengan menggubal dan menambah baik dasar-dasar berkaitan kelancaran dasar pelaburan baharu, katanya.

“Ini berteraskan aspirasi pelaburan nasional dengan dasar baharu ini mempercepat kemasukan pelaburan berkualiti dan mampan terutamanya dalam bidang pertumbuhan baharu serta memberi tumpuan kepada keterangkuman dan kemampanan yang selari dengan aspirasi dan matlamat amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, MITI akan melaksanakan kajian semula cukai yang komprehensif terhadap rangka kerja galakan cukai sedia ada serta melaksanakan pendekatan negara yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

“Dalam hal ini, penekanan diberikan kepada pelaburan bagi sektor kawasan pembangunan baharu termasuk kenderaan elektrik, kilang pintar yang menggunakan teknologi 5G, ekonomi digital, teknologi hijau, pertanian pintar dan ekosistem rantaian bekalan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ