web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Airports Sahkan Pengambilalihan Subang Oleh Entiti Swasta

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2021 11:14PM

Gambar fail - Gambar dari Twitter Malaysia Airports

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd hari ini menjelaskan bukan sesuatu yang luar biasa bagi pasaran untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan mengenai pembangunan lapangan terbang baharu atau mengambil alih lapangan terbang sedia ada. 

"Ini telah berlaku beberapa kali pada masa lalu dan sebagai sebahagian daripada proses itu, kerajaan akan mendapatkan input kami mengenai perkara berkenaan dan bersama-sama dengan Malaysia Airlines Group, kami telah memberikan pandangan awal kami," kata pengendali lapangan terbang itu hari ini. 

Kenyataan itu dibuat susulan laporan berita yang tersebar mengenai pengambilalihan lapangan terbang Subang oleh sebuah entiti perniagaan swasta.

"Buat masa sekarang, kami belum diberikan butiran cadangan itu lagi dan belum ada perbincangan yang diadakan dengan kerajaan mengenai butirannya," kata Malaysia Airports. 

Ia juga menekankan bertapa penting untuk mendapatkan pandangan daripada pengawal selia seperti Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia sebelum sebarang keputusan boleh dibuat. - Bernama 

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori