web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Sasar Peningkatan 20 Peratus Jumlah Perdagangan Dengan Korea Selatan - MITI

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 7:10PM

Tengku Zafrul akan mengetuai delegasi Malaysia ke Seoul dari 14 hingga 17 Mac ini dalam misi bagi meningkatkan perdagangannya dengan Korea Selatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menyasar untuk meningkatkan perdagangannya dengan Korea Selatan sebanyak 20 peratus tahun ini selepas perdagangan dua hala mencecah US$26 bilion (RM114.55 bilion) pada 2022.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang akan mengetuai misi perdagangan ke Seoul dari 14 hingga 17 Mac ini berkata untuk mencapai sasaran itu Malaysia merancang untuk meneruskan sesi libat urus dan perbincangan dengan syarikat terkemuka Korea Selatan iaitu Samsung, Hyundai, Coway dan Lotte semasa lawatan tersebut.

“Kami akan terus mengadakan sesi libat urus dengan mereka...seterusnya diharapkan ia akan menghasilkan pelaburan. Apa yang lebih penting lagi, ini adalah inisiatif jangka panjang ketika Malaysia meraikan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur (LEP) bersama Korea Selatan hari ini.

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

“Kita telah melihat kejayaan dasar itu di mana sejak ia bermula pada tahun 1983, pelaburan ke Malaysia telah meningkat lebih daripada 23 kali ganda.

“Untuk misi perdagangan ini, kami akan membawa bersama wakil daripada agensi penggalakan pelaburan (IPA), koridor wilayah (pihak berkuasa) dan juga syarikat dari Malaysia, kami akan cuba memadankan syarikat Korea dan Malaysia untuk mendapatkan (impak) terbaik ke atas ekonomi, ” katanya kepada media selepas majlis perasmian ulang tahun ke-40 LEP Malaysia-Korea Selatan di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Duta Korea Selatan ke Malaysia, Yeo Seung Bae.

Korea Selatan adalah rakan dagang kelapan terbesar bagi Malaysia dengan jumlah perdagangan berjumlah US$26.01 bilion pada 2022, meningkat 29.7 peratus berbanding US$21.01 bilion pada 2021.

Negara yang mencatat pertumbuhan ekonomi sangat pantas itu telah menjadi salah satu sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia untuk sektor pembuatan dengan 374 projek bernilai US$9.2 bilion sedang dilaksanakan dan menjana 46,260 pekerjaan setakat Jun 2022.

Tengku Zafrul berkata aktiviti pembinaan kapasiti melalui agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) juga boleh meningkatkan lagi kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Korea Selatan.

Di bawah rangka kerja LEP, bidang khusus itu dijangka memperkukuh dan memanfaatkan sinergi kedua-dua negara dalam menangani isu global untuk manfaat bersama.

Berada pada kedudukan 10 teratas dalam kalangan negara-neara di Asia Timur daripada segi perdagangan dan pelaburan dengan Malaysia, Tengku Zafrul berkata Malaysia boleh belajar daripada rakyat Korea Selatan.

“Korea Selatan bermula secara sederhana dan satu bidang yang boleh kita pelajari daripada negara itu ialah ESG kerana kedudukan ESG mereka tinggi.

“Jika anda melihat kriteria Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terdapat banyak ruang (untuk perkara lain), justeru kerjasama itu bukan hanya daripada segi pelaburan tetapi juga pembinaan kapasiti di mana kita boleh melakukan perkongsian pengetahuan bagaimana syarikat Malaysia boleh menjadi lebih berdaya saing,” katanya.

Berdasarkan laporan Pembangunan Mampan 2022, Korea Selatan berada di kedudukan ke-27 daripada 163 negara dengan skor keseluruhan ialah 77.90 peratus.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Korea Selatan menduduki tempat ke-10 dalam FDI pada penghujung tahun 2021.

LEP diperkenalkan pada tahun 1982 oleh Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan objektif untuk belajar daripada pengalaman Korea Selatan dan Jepun dalam pembinaan negara. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ