web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Tiada Rancangan Kaji Semula Struktur Cukai Automotif, Termasuk Duti Eksais - MITI

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 3:31PM

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata duti eksais misalnya berperanan penting dalam menggalakkan aktiviti nilai tambah, terutama pemasangan tempatan (CKD) serta pembangunan vendor - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengkaji semula struktur cukai sedia ada bagi sektor automotif, khususnya duti eksais yang penting dalam pembangunan industri berkenaan, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata duti eksais misalnya berperanan penting dalam menggalakkan aktiviti nilai tambah, terutama pemasangan tempatan (CKD) serta pembangunan vendor. 

“(Duti eksais) ini adalah untuk menggalakkan vendor mengambil bahagian dalam pembangunan industri automotif di Malaysia,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. 

Mengulas lanjut soalan tambahan oleh Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam), Tengku Zafrul berkata kerajaan telah bertindak menawarkan insentif cukai dalam bentuk pengecualian atau pengurangan duti eksais serta cukai jualan. 

Turut diberikan adalah pengecualian dan pengurangan duti import ke atas komponen-komponen import untuk aktiviti pemasangan tempatan kenderaan, katanya.

Beliau berkata, kadar atau tahap insentif yang diberikan pula bergantung kepada merit pelan perniagaan seperti jumlah pelaburan, pembangunan vendor terutama vendor tempatan, pemindahan teknologi serta pelan untuk eksport. 

“Selain mekanisme penilaian insentif untuk pengurangan duti dan cukai kenderaan, produk automotif seperti kenderaan yang dipasang sepenuhnya (CBU) dan CKD serta komponen-kompenen yang diimport juga berpeluang menikmati duti import pada kadar lebih rendah atau sehingga sifar peratus di bawah Perjanjian Perdagangan Barangan Asean,” katanya.

Pendekatan itu, kata beliau, membolehkan kerajaan membangunkan industri automotif tempatan yang berdaya saing melalui bahan ekonomi hasil daripada aktiviti nilai tambah selain mengharapkan harga kenderaan berkurangan. 

Menjawab soalan tambahan daripada Azahari Hasan (PN-Padang Rengas), Tengku Zafrul menjelaskan, duti eksais bagi kenderaan mampu milik terutamanya harga kereta berkurangan daripada RM50,000 adalah antara dua hingga lima peratus berbanding kadar duti eksais lebih tinggi 60 hingga 110 peratus untuk kereta mewah. 

“Kita harapkan dengan kemajuan teknologi, harga kereta akan turun dengan permintaan lebih tinggi di masa akan datang,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa harga kenderaan tidak dikawal oleh kerajaan sebaliknya dipengaruhi oleh daya pasaran seperti kos komponen digunakan, kos pengangkutan dan logistik, insurans, kadar pinjaman serta kos teknologi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Bersediakah Kita Menempuhi Tsunami Cukai Yang Bakal Melanda?

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Manfaatkan Pelbagai Sumber Modal Menerusi Pelaburan Hijau - MITI

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Sesekali Menipu, Enggan Bayar Cukai Kepada Negara - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan