web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 11:34AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, menjelang keputusan mengenai kadar dasar semalaman (OPR) oleh Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis.

Pada 9.06 pagi, ringgit susut kepada 4.3270/3310 berbanding dolar AS daripada 4.3250/3280 ketika ditutup pada Selasa.

Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari BNM diadakan selama dua hari bermula hari ini.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pelabur juga menunggu beberapa data ekonomi yang akan dikeluarkan yang mungkin menjadi pemacu utama.

Antara data paling penting adalah jualan runcit AS.

Jualan runcit mengukur jumlah perbelanjaan isi rumah, yang secara amnya mewakili kira-kira dua pertiga daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Data lain termasuk Indeks Harga Pengguna yang akan memberi petunjuk mengenai aliran inflasi terkini di United Kingdom dan Kesatuan Eropah, manakala keputusan berhubung kadar faedah Bank of Japan juga boleh memberi kesan ketara ke atas pasaran.

“Berdasarkan banyak data yang akan dikeluarkan dalam beberapa jam akan datang, lumrah bagi pelabur untuk bersikap ‘tunggu dan lihat’ sebelum membuat keputusan pelaburan baharu.

“Bagaimanapun, jika data itu menepati jangkaan, ringgit mungkin meneruskan pergerakan menaik ke arah 4.2450 berbanding dolar AS, dengan ia boleh mendapatkan sokongan sementara,” katanya kepada Bernama.

Ringgit rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding pound British kepada 5.3131/3180 daripada 5.2804/2841 ketika ditutup pada Selasa serta rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.2758/2793 daripada 3.2683/2711.

Ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 3.3592/3628 daripada 3.3582/3608 semalam namun meningkat berbanding euro kepada 4.6684/6727 daripada 4.6788/6820. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pandang Ringan Penurunan Ringgit - PM

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 4.40 Berbanding Dolar AS Pada 2024 - MIER

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebahagian Wang Pinjaman 1MDB Masuk Ke Akaun Najib - Penganalisis BNM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik