web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Permintaan Pasaran Hartanah Susut Pada Suku Pertama 2021

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2021 4:12PM

Gambar sekadar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PropertyGuru Malaysia melaporkan trend keseluruhan harga permintaan mencatatkan penurunan sebanyak 0.84 peratus suku ke suku dan 1.79 peratus tahun ke tahun kepada 87.86 mata indeks dalam suku pertama 2021, berikutan kebimbangan pembeli.

Memandangkan situasi ekonomi pandemik yang tidak menentu ini, ia percaya bahawa sentimen berhati-hati terus menguasai pasaran dan pasaran hartanah dijangka berdepan trend harga turun naik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Bagaimanapun, peningkatan kadar vaksinasi di seluruh masyarakat Malaysia diharapkan dapat menambahkan kestabilan dan meningkatkan sentimen pengguna selari dengan perkembangan semasa,” kata Pengurus Negaranya Sheldon Fernandez dalam satu kenyataan susulan pengeluaran laporan terkini Indeks Pasaran Hartanah PropertyGuru Malaysia (MPMI).

Laman web hartanah itu juga melaporkan perubahan harga permintaan dicatatkan di Kuala Lumpur (0.66 peratus), Pulau Pinang (1.36 peratus) dan Johor (0.29 peratus), menunjukkan peluang pelaburan yang kukuh.

Pada suku pertama 2021, harga permintaan di Kuala Lumpur turun sebanyak lima peratus, penurunan tertinggi dicatatkan sejak PropertyGuru melancarkan indeks pasarannya pada 2016.

“Penurunan trend lebih dua tahun ini dipercepatkan oleh pandemik serta boleh dilihat sebagai trend pengubahan harga yang telah bermula seiring dengan tempoh ekonomi yang mencabar dan penawaran harga melampau hartanah,” katanya.

Meskipun keseluruhan harga permintaan suku ke suku dan tahun ke tahun di Malaysia menurun, MPMI mendapati keseluruhan senarai bekalan yang dikesan di PropertyGuru menyaksikan pertumbuhan suku ke suku sebanyak 2.71 peratus, dan 15.85 peratus tahun ke tahun pada 2021, menunjukkan trend peningkatan.

Semasa suku tersebut, Pulau Pinang merekodkan kenaikan tertinggi dalam jumlah bekalan tahunan, meningkat sebanyak 34.17 peratus tahun ke tahun dan 1.19 peratus suku ke suku, pertumbuhan positif bagi suku ketiga berturut-turut.

“Pemulihan jumlah bekalan yang kukuh di pasaran utama di Malaysia mungkin disebabkan keputusan kerajaan untuk membenarkan industri pembinaan dan pembangunan hartanah, seiring dengan sektor penting lain untuk terus beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan semasa.

“Ini menunjukkan bahawa para pemaju yakin pemulihan akan berlaku,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Politik 4 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Kolum 5 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori