web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


GLC, Syarikat Swasta Meterai MOU, LOI Bernilai RM1.66 Bilion Ketika Lawatan Anwar Ke Jakarta

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2023 6:41PM

Secara keseluruhan, sembilan MOU ditandatangani oleh entiti Malaysia dan Indonesia disaksikan Perdana Menteri dengan acara itu turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir - Gambar Jabatan Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA – Beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) serta penyerahan surat hasrat dengan rakan sejawatan di Indonesia, ketika lawatan rasmi pertama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara berkenaan.

Setakat ini, nilai keseluruhan MOU itu dijangka berjumlah RM1.66 bilion.

Antara syarikat gergasi itu, FGV Holdings yang memeterai perjanjian dengan PT Perkebunan Nusantara Indonesia bagi meningkatkan nilai setiap organisasi, termasuk anak syarikatnya.

Menerusi perjanjian itu, kedua-dua syarikat bersetuju untuk melaksanakan prinsip tadbir urus korporat yang baik dan mewujudkan impak positif terhadap alam sekitar.

Ia juga bagi mencapai sasaran sosial dengan mematuhi peruntukan undang-undang dan peraturan sedia ada.

Sementara itu, ASIC Offshore dan Marine Sdn Bhd memeterai MOU dengan PT Dok dan Perkapalan Kodja Bahari untuk menguasai pasaran bagi kejuruteraan, pembinaan kapal, pembaikan kapal, pelaburan kewangan membabitkan instrumen pengeluaran serta kemudahan pengeluaran.

Perjanjian itu juga bagi menguasai kejuruteraan dalam dan luar pesisir, pemasangan dan perniagaan, pembinaan kapal serta pembaikan kapal daripada syarikat perkapalan nasional dalam wilayah Indonesia.

Perkongsian usaha sama (JVP) dianggarkan bernilai lebih RM500 juta dalam tempoh dua tahun.

Airod Sdn Bhd dan PT Dirgantara Indonesia menyatakan komitmen kerjasama membabitkan kerja baik pulih  dan penggantian kotak sayap pusat, latihan teknikal dan bantuan teknikal bagi projek modenisasi Lockheed Martin C-140 bernilai AS$150 juta.

Kerjasama itu akan disempurnakan dalam perjanjian berasingan membabitkan dua pihak terbabit.

Selain itu, perjanjian antara Penjana Kapital Sdn Bhd dengan Indies Capital Ventures dan AC Ventures adalah bagi membangunkan rangka kerja serta meneroka peluang pelaburan bersama dalam syarikat Malaysia-Indonesia sedia ada.

Kerjasama itu bakal dilaksanakan dengan pelancaran dana pelaburan bersama bernilai RM500 juta.

Bank Eksport Import kedua-dua negara (Exim Bank Malaysia dan Exim Bank Indonesia) juga bersetuju mengukuhkan usahasama bagi mencapai persefahaman bersama dan penyelarasan lebih erat menerusi pertukaran maklumat, pengalaman serta hubungan perniagaan.

Pada masa sama, MOU antara Citaglobal Berhad dan Indonesia Battery Corporation akan menilai potensi kerjasama dalam pembangunan loji pembuatan bateri serta sistem penyimpanan tenaga bateri, namun tidak terhad kepada membangun, mereka bentuk dan membina kemudahan pembuatan integrasi bersepadu untuk sel bateri, modul serta pek.

Usaha itu juga bagi membangunkan penyelesaian bersepadu BESS serta pemindahan teknologi berkaitan dan pengetahuan untuk pembangunan Loji Bateri dan BESS.

Secara keseluruhan, sembilan MOU ditandatangani oleh entiti Malaysia dan Indonesia disaksikan Perdana Menteri dengan acara itu turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Syarikat Malaysia lain yang menandatangani MOU adalah AWC Berhad, Airod Sdn Bhd dan SIRIM Berhad.

Berhubung LOI untuk pembangunan Nusantara, Malaysia diwakili Carsome, Berjaya Corporation Berhad, Boustead Properties Berhad, Pharmaniaga Berhad, Protasco Berhad dan Reneuco Berhad.

TNB dan Perusahaan Listrik Negara juga memeterai LOI yang tidak berkaitan dengan projek pembangunan Nusantara.

Sebanyak 12 LOI ditandatangani 10 syarikat Malaysia dengan Protasco menandatangani dua daripadanya. – The Vibes, 8 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan