web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mesir: Tiket Kereta Api Untuk Warga Asing Dijual Dalam USD, Euros Mulai 2023

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 8:00AM

Warga asing boleh membeli tiket kereta api di Mesir dalam mata wang dolar AS atau Euro mulai Januari - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAHERAH - Menteri Pengangkutan Mesir Kamel Wazir pada Ahad berkata warga asing boleh membeli tiket kereta api dalam mata wang dolar AS atau euro mulai Januari, lapor Sputnik.

"Garis panduan baharu akan dikuatkuasakan pada Januari - tiket kereta api akan dijual kepada warga asing hanya dalam matawang dolar atau euro," kata Wazir kepada penyiar Mesir MBC.

Keputusan itu dibuat susulan lonjakan urus niaga pertukaran di pasaran gelap dan Mesir mengalami kekurangan mata wang asing, kata Wazir.

Pasaran gelap menjadi semakin aktif sejak Mac, berikutan penurunan 60 peratus dalam nilai pound Mesir berbanding dolar AS.

Kadar pertukaran di pasaran haram adalah 1.5 kali lebih tinggi daripada kadar rasmi.

Bank Pusat Mesir dan kementerian kewangan turut mengkaji pilihan perdagangan mata wang negara dengan Rusia.

Pada Mac 2020, rizab pertukaran asing Mesir mencapai rekod tertinggi iaitu sebanyak US$45 bilion.

Sejak itu, rizab telah berkurangan secara berterusan.

Bank pusat menjelaskan bahawa rizab pertukaran asing digunakan untuk memenuhi permintaan pasaran Mesir untuk mata wang asing dan memastikan import barangan strategik, serta membayar hutang luar negeri.

Pada akhir November, rizab bank pusat hanya melebihi US$33 bilion. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

2

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik