web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Saham TNB Susut Berikutan Berita Mengenai Potensi Penstrukturan Semula Tarif

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 12:21PM

Pada 10.35 pagi, saham TNB merosot 0.64 peratus atau enam sen kepada RM9.28 dengan 211,400 saham diniagakan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) susut pagi ini berikutan berita mengenai potensi penstrukturan semula tarif elektrik pada separuh pertama 2023.

Pada 10.35 pagi, saham TNB merosot 0.64 peratus atau enam sen kepada RM9.28 dengan 211,400 saham diniagakan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan potensi kenaikan tarif elektrik terhadap syarikat multinasional yang mengeksport dan subsidi tidak harus diberikan kepada syarikat gergasi terpilih yang mencatatkan keuntungan tinggi.

Bagaimanapun, katanya kerajaan tidak akan menaikkan tarif elektrik untuk pengguna domestik, industri kecil dan sederhana, syarikat pertanian dan sektor produk makanan berikutan ia akan membebankan rakyat Malaysia.

Dalam nota penyelidikan, Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata berita itu adalah petunjuk positif berikutan ia menunjukkan kesediaan kerajaan untuk menstruktur semula subsidi, memastikan kemampanan jangka panjang dalam sektor tenaga dan mengurangkan komitmen tinggi kerajaan berhubung subsidi.

“Walaupun (berita itu) memberi impak neutral terhadap TNB, kami percaya langkah itu akan dilihat secara positif berhubung TNB dan sektor tenaga,” katanya.

Bank penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' untuk saham TNB dengan harga sasaran tidak berubah pada RM11.65, berdasarkan pendapatan stabil dan pembayaran dividen kumpulan itu.

“Kami positif dengan komitmen jangka panjangnya terhadap trajektori pertumbuhan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) selain memastikan pulangan kepada pemegang saham,” menurut HLIB. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

TNB Santuni 50 Keluarga Masyarakat India Di Lembah Pantai 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Bekalan Elektrik Di CIQ BSI Pulih Sepenuhnya Pada 9.15 Pagi - TNB

4

Semasa 2 tahun yang lalu

TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Sekitar Gong Badak

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ