web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perubahan Pentadbiran Kerajaan Tidak Jejas Perjalanan Projek RTS - MRT Corp

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 4:37PM

Mohd Zarif Hashim berkata ini berikutan projek yang mendapat kelulusan daripada Kabinet pada 2019 itu merupakan komitmen kerajaan yang perlu dilaksanakan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Perubahan tampuk pentadbiran kerajaan yang baharu tidak akan menjejaskan perjalanan projek Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Datuk Mohd Zarif Hashim berkata ini berikutan projek yang mendapat kelulusan daripada Kabinet pada 2019 itu merupakan komitmen kerajaan yang perlu dilaksanakan.

“InsyaAllah tidak, kerana kelulusan (projek) Kabinet yang pertama diberi pada 2019 dan ketika 2020 pun ada lagi perbincangan di Kabinet.

“Projek ini adalah komitmen daripada kerajaan, sebagai sebuah negara kita kena buat. Projek juga sudah separuh jalan dengan tanah semua sudah dibeli,” katanya kepada pemberita selepas Seminar RTS dan Impak Kepada Johor di Universiti of Reading Malaysia, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada perubahan tampuk pemerintahan kerajaan persekutuan akan menjejaskan perjalanan projek tersebut

Ketika ditanya sama ada banjir kilat yang kerap berlaku di bandar raya ini akan melambatkan perjalanan projek tersebut, beliau berkata ia tidak mengganggu, kerana tapak projek berada di kawasan yang tinggi.

Mengenai perkembangan RTS, Mohd Zarif berkata, projek itu yang dijangka siap pada Dis 2026, setakat ini telah mencapai lebih 20 peratus dan berjalan mengikut jadual termasuk pembinaan depoh yang terletak di Wadi Hana, di sini.

“Sekarang sedang buat (depoh), termasuk piling (kerja cerucuk)  dan foundation (tapak). Daripada situ, kita akan naikkan bangunan,” katanya.

Beliau berkata projek tersebut yang dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas serta memendekkan perjalanan kira-kira 15 minit dari Johor Bahru ke Singapura, dijangka dapat membawa limpahan ekonomi dan pelaburan kepada Johor.

“Apa yang paling penting sekali kita hendak galakkan pelaburan dari segi barangan dan perkhidmatan, sekali gus mengalakkan pelaburan langsung asing (FDI) ke Johor. 

“Ia juga akan tarik lebih kurang 1,500 peluang pekerjaan pembinaan, tetapi keseluruhan impak dari segi industri sokongan, hotel, logistik dan makanan, kita sasarkan lebih kurang 30,000 pekerjaan,” katanya.

Projek RTS dijangka siap sepenuhnya pada Dis 2026 dan akan mula beroperasi pada 1 Jan 2027. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan