web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KWSP Catat RM39.31 Bilion Pendapatan Pelaburan Kasar Sembilan Bulan 2022

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 12:44PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merekodkan jumlah pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM39.31 bilion bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2022, menurun 18 peratus atau RM8.71 bilion berbanding RM48.02 bilion dicatatkan dalam tempoh sama pada 2021.

Jumlah pendapatan pelaburan kasar bagi suku ketiga 2022 berakhir 30 Sept 2022 berjumlah RM12.32 bilion, merosot RM1.65 bilion atau 12 peratus berbanding RM13.97 bilion pada suku ketiga 2021.

KWSP dalam kenyataan hari ini berkata, bagaimanapun, bagi suku ke suku, jumlah pendapatan pelaburan kasar yang diraih pada suku ketiga 2022 mencatat peningkatan 11 peratus berbanding RM11.14 bilion pada suku kedua 2022.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata prestasi suku ketiga 2022 yang lebih baik itu disumbangkan oleh keadaan pasaran pelaburan ekuiti dan pendapatan tetap yang stabil.

“Terdapat kebimbangan bahawa kadar faedah lebih tinggi akan mendorong kepada kemelesetan global, ditambah pula dengan risiko geopolitik berterusan dan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed).

“Bagaimanapun di sebalik cabaran ini, pendekatan pelaburan KWSP yang berdisiplin berpandukan Alokasi Aset Strategik yang mantap dan pengurusan portfolio aktif, membantu mengurangkan impak dan membolehkan KWSP memberikan prestasi stabil, didorong oleh lonjakan kukuh dalam pasaran domestik,” katanya.

Pada suku ketiga 2022, ekuiti merangkumi 45 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP sebanyak RM5.49 bilion manakala instrumen pendapatan tetap yang terdiri daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Bon Sama Taraf serta pinjaman dan bon menyumbang 39 peratus atau RM4.77 bilion.

Hartanah dan infrastruktur mencatatkan pendapatan RM1.67 bilion manakala pendapatan daripada instrumen pasaran wang menjana RM390 juta, sejajar dengan jangkaan pulangan yang ditetapkan untuk kelas aset ini.

Pada suku ketiga 2022 juga, pelaburan luar negara KWSP yang membentuk 36 peratus daripada jumlah aset pelaburannya terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatannya iaitu RM5.28 bilion atau 43 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar yang direkodkan.

Sementara itu, sehingga September 2022, aset di bawah pengurusan KWSP ialah RM961.01 bilion.

Di sebalik cabaran makroekonomi, pertumbuhan aset KWSP kekal sihat berikutan caruman yang diterima sehingga September 2022 adalah RM63.61 bilion.

“Dari aspek pelaburan, KWSP mengekalkan daya tahan dan fokus terhadap perkara yang boleh kami kawal iaitu peruntukan aset, kos, dan strategi menyeluruh yang memberi penekanan terhadap kemampanan jangka panjang pelaburan dan pulangan, selaras dengan Alokasi Aset Strategik kami.

“Walaupun ketidaktentuan pasaran global terus menjadi kebimbangan, kami mengambil sikap berwaspada tetapi optimis dengan tidak mengabaikan petunjuk yang mencadangkan penambahbaikan kepada prospek ekonomi makro seperti kemungkinan kepada kemuncak inflasi global dan jangkaan Fed bahawa kenaikan kadar faedah akan mula perlahan dalam beberapa bulan akan datang,” kata Amir Hamzah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Guna Akaun 3? Carum Semula Secara Sukarela - Pakar Ekonomi

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Akaun 3 KWSP: Penyelesai Masalah Atau Senjata Makan Tuan?

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ