web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Disokong Minat Risiko Lebih Baik

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 10:08AM

Pada 9.06 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3750/3830 berbanding dolar AS daripada 4.3835/3925 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, memandangkan mata wang negara maju itu terus susut susulan kenyataan pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) yang cenderung untuk menurunkan kadar faedah serta peningkatan minat risiko, kata penganalisis.

Pada 9.06 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3750/3830 berbanding dolar AS daripada 4.3835/3925 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata ringgit dibuka lebih kukuh pagi ini walaupun data pekerjaan AS dilaporan lebih positif.

Beliau berkata ini menunjukkan pelabur mengabaikan satu data yang baik dan bersetuju bahawa dengan data ekonomi AS yang lemah sebagai isyarat bahawa Fed akan terpaksa mengurangkan kadar faedah pada 2023.

“Harga minyak mentah juga mencatatkan prestasi baik selepas mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), yang membantu ringgit dari segi perspektif perdagangan.

“Walaupun ringgit telah ketinggalan dari segi terma dagangan sepanjang tahun, ia kini sedang berusaha untuk seiring dengan pencepatan rancangan China untuk membuka semula ekonominya,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, Innes berkata risiko politik domestik juga telah reda sepenuhnya selepas pengumuman pembentukan Kabinet, dengan pelabur tempatan terus memberi tumpuan kepada anjakan penurunan Fed dan momentum pembukaan semula China, yang dijangka merangsangkan ringgit menjelang tahun baharu.

“Mata wang Malaysia dan Thailand dijangka mendapat rangsangan yang besar pada separuh pertama tahun depan apabila pelancong China kembali,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama pada sesi pembukaan.

Unit tempatan turun berbanding pound British kepada 5.3795/3893 daripada 5.3781/3892 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas serta rendah berbanding euro kepada 4.6143/6228 daripada 4.6136/6231.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2525/2587 daripada 3.2698/2768 minggu lepas dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2415/2481 daripada 3.2463/2535. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan