Berita Terkini

28 minit yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Inflasi Malaysia Turun Kepada 4.0 Peratus Pada Oktober 2022 - DOSM

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 4:04PM

Kadar inflasi di Malaysia pada Oktober 2022 adalah lebih rendah berbanding inflasi di Filipina (7.7 peratus), Thailand (6.0 peratus), Indonesia (5.7 peratus) dan Korea Selatan (5.7 peratus). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar inflasi Malaysia pada Oktober 2022 turun kepada 4.0 peratus berbanding dengan 4.5 peratus yang direkodkan pada September 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bagaimanapun, kadar ini masih lagi melepasi purata inflasi negara bagi tempoh Januari 2011 hingga Oktober 2022 iaitu pada 2.0 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Oktober 2022 meningkat 4.0 peratus kepada 128.6 berbanding 123.7 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Beliau berkata bagi perbandingan dengan negara-negara terpilih di rantau Asia Pasifik, kadar inflasi di Malaysia pada Oktober 2022 adalah lebih rendah berbanding inflasi di Filipina (7.7 peratus), Thailand (6.0 peratus), Indonesia (5.7 peratus) dan Korea Selatan (5.7 peratus).

“Kadar inflasi Zon Euro terus memecah rekod tertinggi semenjak ia ditubuhkan dan melonjak kepada 10.7 peratus pada Oktober 2022 daripada 9.9 peratus pada bulan sebelumnya.

“Ini didorong oleh inflasi tenaga (41.9 peratus); makanan, alkohol dan tembakau (13.1 peratus); barangan perindustrian bukan tenaga (6.0 peratus) dan perkhidmatan (4.4 peratus),” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata kadar inflasi di Amerika Syarikat reda kepada 7.7 peratus pada Oktober 2022 berbanding September 2022 (8.2 peratus).

DOSM berkata inflasi teras mengukur perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan, tidak termasuk makanan segar yang harganya tidak menentu serta harga barangan kawalan oleh kerajaan. - Gambar fail
DOSM berkata inflasi teras mengukur perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan, tidak termasuk makanan segar yang harganya tidak menentu serta harga barangan kawalan oleh kerajaan. - Gambar fail

Mohd Uzir berkata bagi peringkat domestik, peningkatan menyederhana inflasi Oktober 2022 telah didorong oleh peningkatan perlahan kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain yang telah berkurangan kepada 1.5 peratus berbanding 4.0 peratus pada September 2022.

“Peningkatan perlahan ini disumbangkan oleh ketiadaan pengaruh kesan asas susulan penamatan diskaun elektrik di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bermula Julai hingga September 2021,” katanya.

Bagaimanapun, inflasi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol terus menunjukkan peningkatan sebanyak 7.1 peratus berbanding 6.8 peratus yang dicatatkan pada September 2022.

“Terdapat item makanan yang menunjukkan momentum peningkatan yang lebih perlahan berbanding September 2022. Antaranya ialah subkumpulan sayur-sayuran meningkat 4.8 peratus berbanding 6.3 peratus manakala minyak dan lemak meningkat 2.6 peratus berbanding 3.8 peratus pada September 2022,” katanya.

Mohd Uzir berkata selain daripada kumpulan makanan, kesemua kumpulan lain juga terus merekodkan peningkatan kecuali komunikasi yang kekal tidak berubah berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Restoran dan hotel meningkat 6.8 peratus diikuti oleh pengangkutan (5.2 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (4.1 [peratus) dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (3.4 peratus).

Beliau berkata sementara itu, pelbagai barangan dan perkhidmatan turut mencatatkan peningkatan sebanyak 2.4 peratus; perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.5 peratus) dan pendidikan (1.4 peratus).

Kumpulan kesihatan serta kumpulan minuman alkohol dan tembakau masing-masing merekodkan kenaikan sebanyak 1.0 peratus dan 0.8 peratus, manakala pakaian dan kasut meningkat secara marginal sebanyak 0.4 peratus berbanding Oktober 2021.

Mohd Uzir berkata inflasi bagi tempoh Januari hingga Oktober 2022 meningkat 3.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, didorong terutama oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (5.5 peratus), pengangkutan (4.6 peratus) dan restoran dan hotel (4.6 peratus).

Bagi perbandingan bulanan, kenaikan inflasi Oktober 2022 mencatatkan 0.2 peratus berbanding 0.1 peratus pada September 2022, disumbangkan terutamanya oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (0.5 peratus), manakala restoran dan hotel serta pelbagai barangan dan perkhidmatan masing-masing meningkat 0.3 peratus.

Peningkatan marginal pengangkutan sebanyak 0.1 peratus turut menyumbang kepada peningkatan ini, katanya.

Mengulas mengenai inflasi di peringkat negeri pula, Ketua Perangkawan menjelaskan tiga negeri menunjukkan peningkatan melebihi paras nasional 4.0 peratus ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya (7.6 peratus), Selangor (4.9 peratus) dan Sarawak (4.3 peratus).

“Namun begitu, Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan peningkatan paling kecil sebanyak 2.3 peratus.

“Kesemua negeri mencatatkan peningkatan inflasi makanan dan minuman bukan alkohol. Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Selangor (8.8 peratus) diikuti oleh Sarawak (7.8 peratus), Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing sebanyak 7.6 peratus, Johor (7.3 peratus) dan Sabah (7.2 peratus),” katanya.

Sementara itu, negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah paras inflasi makanan dan minuman bukan alkohol nasional iaitu 7.1 peratus pada Oktober 2022.

Mohd Uzir berkata sementara itu, inflasi bagi kumpulan pendapatan di bawah RM3,000 meningkat 3.9 peratus daripada 124.3 pada Oktober 2021 kepada 129.1 pada Oktober 2022.

Peningkatan ini disumbangkan oleh kumpulan restoran dan hotel sebanyak 7.5 peratus, diikuti oleh makanan dan minuman bukan alkohol sebanyak 6.8 peratus, hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (4.4 peratus); perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (3.4 peratus); pengangkutan (3.0 peratus) dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.1 peratus).

Beliau juga berkata inflasi teras mengukur perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan, tidak termasuk makanan segar yang harganya tidak menentu serta harga barangan kawalan oleh kerajaan.

“Inflasi teras telah mencatatkan peningkatan 4.1 peratus pada Oktober 2022 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Pelan Tindakan KL20 Sasar Capai Penilaian Pemula Niaga RM400 Bilion Menjelang 2030