Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Telco Meterai Janji Niaga Akses 5G Dengan DNB

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 3:26PM

U Mobile Sdn Bhd, Celcom Networks Sdn Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd, menandatangani Perjanjian Akses (AA) dengan Digital Nasional Bhd (DNB) pada 30 Oktober 2022 untuk menyediakan perkhidmatan 5G di negara ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu U Mobile Sdn Bhd, Celcom Networks Sdn Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd, menandatangani Perjanjian Akses (AA) dengan Digital Nasional Bhd (DNB) pada 30 Oktober 2022 untuk menyediakan perkhidmatan 5G di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa memberitahu pada sidang media yang disiarkan secara langsung di laman Facebook rasminya awal hari ini bahawa lima daripada enam syarikat telekomunikasi telah menandatangani AA masing-masing dengan DNB.

Sementara itu, Maxis Bhd, yang tidak menandatangani perjanjian dengan DNB, berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa ia sedang menilai keperluan tadbir urus untuk perjanjian akses 5G dan komited untuk menyelesaikannya secepat mungkin.

U Mobile dalam kenyataan semalam berkata ia akan menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggannya mulai 3 November 2022 dan selanjutnya selepas pemeteraian itu.

“Bermula 3 November dan seterusnya, pelanggan pelan pascabayar dan prabayar U Mobile berkeupayaan 5G akan dapat menikmati manfaat kesalinghubungan 5G apabila menggunakan peranti bersesuaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Wong Heang Tuck berkata U Mobile menyokong visi kerajaan bagi rangkaian borong tunggal untuk pelaksanaan 5G dengan semua pengendali akan mempunyai akses terhadap rangkaian yang sama tanpa pembezaan dari segi kelajuan dan kualiti.

“Kami percaya DNB akan memenuhi mandat untuk menyediakan liputan dan kapasiti 5G yang berkualiti dengan adil dan tanpa diskriminasi.

“Kami berharap dapat menyediakan perkhidmatan 5G daripada rangkaian tunggal DNB, meletakkan kami pada kedudukan sama seperti yang lain dalam industri bagi 5G,” katanya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Axiata Group Bhd berkata anak syarikat milik penuhnya melalui Celcom Axiata Bhd, Celcom Networks telah menandatangani AA dengan DNB bagi membolehkan akses borong Celcom terhadap rangkaian 5G DNB.

Dalam kenyataan berasingan, syarikat telekomunikasi itu berkata pelanggan Celcom termasuk pelanggan Celcom Business yang mempunyai peranti berkeupayaan 5G dan melanggan pelan pascabayar dan prabayar Celcom terpilih akan mempunyai akses secara automatik ke atas perkhidmatan rangkaian 5G di kawasan liputan 5G mulai 1 November 2022.

Sementara itu, Digi.Com Bhd dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata anak syarikat milik penuhnya Digi Telecommunications telah memeterai AA dengan DNB bagi akses kepada rangkaian borong tunggal 5G pada 30 Oktober 2022.

Dalam kenyataan berasingan, Digi berkata ia akan melanggan rangkaian borong 5G DNB untuk tempoh 10 tahun bagi membangunkan dan menawarkan perkhidmatan runcit pelanggan akhir termasuk kesalinghubungan 5G.

Terdahulu, TM dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata ia telah menandatangani AA dengan DNB pada 30 Oktober 2022 untuk melanggan perkhidmatan 5G terkawal DNB termasuk, tetapi tidak terhad kepada, produk rangkaian borong 5G nasional. - Bernama

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu