Berita Terkini

16 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Tiada Perbincangan Untuk Kembali GST - Tengku Zafrul

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 7:15PM

Tiada perbincangan dibuat untuk mengembalikan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam mesyuarat Kabinet, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Tiada perbincangan dibuat untuk mengembalikan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam mesyuarat Kabinet, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata pelaksanaan GST memerlukan perbincangan di peringkat Kabinet dan dibentangkan di sidang Parlimen terlebih dahulu.

“Apa-apa cukai baharu mesti diluluskan oleh Kabinet yang kemudian itu akan dibentangkan di Parlimen untuk diluluskan, dan sebelum Parlimen dibubarkan baru-baru ini tidak ada kelulusan Kabinet pun mengenai GST,” katanya kepada media selepas merasmikan Hari Keluarga Kemas Kuala Selangor di sini hari ini.

Tengku Zafrul berkata demikian bagi menjawab beberapa laporan mengenai dakwaan pemimpin Pakatan Harapan bahawa beliau akan mengembalikan semula GST selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. 

Beliau berkata sekurang-kurangnya 160 buah negara di dunia telah melaksanakan GST dan mengakui bahawa sistem percukaian itu adalah lebih efisien dan kurang ketirisan. 

“Kita lihat kutipan cukai kita berbanding Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) adalah paling rendah sekarang, lebih kurang 11 peratus dan itu agak rendah. Ini menunjukkan apa yang kita ada sekarang tidak efisien.

“(Namun) ini tidak bermakna, kita akan mengemukakan cukai baharu dalam masa terdekat, ia harus dibincangkan di peringkat Kabinet dan perlu melihat masa yang sesuai atau tidak,” katanya.

Tengku Zafrul berkata untuk masa panjang, adalah penting untuk cukai yang dikenakan oleh kerajaan tidak membebankan rakyat dan dapat diguna untuk membangunkan negara.

GST kali pertama dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus, cukai itu kemudiannya digantung pada 1 Jun 2018, dan akhirnya dimansuhkan apabila ia digantikan dengan sistem SST bermula 1 September 2018.

Kadar cukai semasa bagi cukai jualan adalah 5 peratus dan 10 peratus manakala kadar cukai perkhidmatan ialah 6 peratus. - Bernama

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 6 jam yang lalu

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN