web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MAHB Jangka 20 Destinasi Antarabangsa Baharu Bakal Rancakkan Perjalanan Udara

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjangkakan 20 destinasi antarabangsa baharu dan 80 penerbangan domestik tambahan akan meningkatkan perjalanan udara untuk rangkaian lapangan terbang kendaliannya termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISG) di Turki.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAHB berkata destinasi baharu itu termasuk Hamburg, Basel, Zurich, Sarajevo, Copenhagen, Lyon dan Hannover untuk penerbangan dari ISG dengan frekuensi sehingga 25 setiap minggu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata walaupun Malaysia dan Turki masih mengenakan sekatan perjalanan, pengendali lapangan terbang itu tetap optimis kerana permintaan untuk perjalanan udara masih ada berdasarkan penawaran penerbangan baharu yang berterusan oleh syarikat penerbangan.

"Kami terus meningkatkan perkhidmatan untuk mempersiapkan ketibaan semula pelancong ketika kami beransur pulih daripada pandemik COVID-19.

"Pada suku pertama tahun ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terus unggul dalam penanda aras lapangan terbang global 'Quality Service Airport' dan mencapai skor awal 4.99 daripada 5.00, mengatasi  skor 4.98 yang dicapai pada 2020," katanya.

Beliau menambah bahawa kumpulan itu juga telah meningkatkan standard keselamatan dan kesihatannya melalui program Akreditasi Kesihatan Lapangan Terbang global.

"Enam lagi lapangan terbang antarabangsa kami termasuk KLIA dijangka diperakui pada akhir suku kedua," katanya.

Di KLIA, Malaysia Airlines telah mengembalikan semula destinasi seperti London dan Jakarta serta menambah 80 frekuensi penerbangan tambahan ke destinasi domestiknya yang telah meningkatkan jumlah frekuensi mingguan domestik KLIA sebanyak 26.7 peratus. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori