web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KDNK Singapura Berkembang 0.2 Peratus Pada Suku Pertama 2021 - Anggaran Awal MTI

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 12:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Ekonomi Singapura berkembang sebanyak 0.2 peratus pada asas tahun ke tahun pada suku pertama 2021, pulih daripada penguncupan 2.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Berdasarkan suku ke suku yang diselaraskan secara bermusim, ekonomi berkembang sebanyak 2.0 peratus, meneruskan pengembangan 3.8 peratus pada suku tahun sebelumnya, menurut anggaran awal oleh Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu hari ini.

Anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku pertama 2021 sebahagian besarnya dikira daripada data dua bulan pertama suku tahun tersebut.

Ia bertujuan sebagai petunjuk awal pertumbuhan KDNK pada suku tahun itu dan tertakluk kepada semakan semula apabila data yang lebih komprehensif diperoleh.

Mengenai prestasi sektor, MTI berkata sektor pembuatan berkembang sebanyak 7.5 peratus pada asas tahun ke tahun pada suku pertama, susulan peningkatan sebanyak 10.3 peratus dicatatkan pada suku tahun sebelumnya.

“Pertumbuhan sektor ini disokong oleh peningkatan pengeluaran dalam kluster elektronik, kejuruteraan ketepatan, pembuatan bahan kimia dan bioperubatan, yang mengatasi kemerosotan pengeluaran dalam kluster kejuruteraan pengangkutan dan pembuatan am,” katanya.

Sektor pembinaan susut 20.2 peratus pada asas tahun ke tahun pada suku pertama, meningkat daripada penguncupan 27.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.

“Prestasi yang lebih baik itu disebabkan aktiviti pembinaan sektor awam dan swasta yang meningkat pada suku pertama berbanding suku tahun sebelumnya,” menurut kementerian itu.

Dalam kalangan sektor perkhidmatan, sektor perdagangan borong dan runcit serta pengangkutan dan penyimpanan merosot sebanyak 4.1 peratus pada suku pertama, sederhana daripada penguncupan 6.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Penguncupan yang dicatatkan untuk kumpulan sektor ini disebabkan oleh kelemahan yang berterusan dalam sektor pengangkutan dan penyimpanan, yang juga berikutan impak daripada pandemik COVID-19 yang berterusan terhadap segmen pengangkutan udara, pengangkutan air dan pengangkutan darat, menurut MTI.

Sebaliknya, katanya sektor perdagangan borong dan runcit berkembang.

Sementara itu, sektor maklumat dan komunikasi, kewangan dan insurans serta perkhidmatan profesional secara kolektif berkembang sebanyak 3.7 peratus pada suku pertama, lebih cepat daripada pengembangan 1.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.

“Pertumbuhan disokong oleh pengembangan yang baik dalam sektor maklumat dan komunikasi serta kewangan dan insurans, walaupun sektor perkhidmatan profesional menguncup,” menurut kementerian itu.

Baki kumpulan sektor perkhidmatan seperti penginapan dan perkhidmatan makanan, hartanah, perkhidmatan pentadbiran dan sokongan serta industri perkhidmatan lain, susut sebanyak 3.9 peratus, meningkat daripada penguncupan 9.9 peratus pada suku tahun sebelumnya.

MTI akan mengeluarkan anggaran awal KDNK untuk suku pertama 2021, termasuk prestasi mengikut sektor, sumber pertumbuhan, inflasi, pekerjaan dan produktiviti dalam Tinjauan Ekonomi Singapura pada Mei 2021.

Ekonomi Singapura menguncup 5.4 peratus pada 2020. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori