web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nilai Ringgit Turun Berbanding Dolar AS Dalam Sesi Awal Dagangan

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 9:52AM

Pada 9 pagi, mata wang tempatan turun kepada 6400/6445 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.6360/6390. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nilai ringgit mencatatkan penurunan daripada keuntungan yang diraih minggu lepas dan dibuka rendah berbanding dolar AS pada Isnin di tengah-tengah sentimen bercampur-campur dalam pasaran apabila pelabur terus mendapatkan mata wang dolar, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan turun kepada 6400/6445 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.6360/6390.

Menurut Kenanga Research  dalam satu nota penyelidikannya hari ini, ketidaktentuan pasaran global selain krisis sterling United Kingdom dan kemelesetan yang meruncing di Eropah, telah melonjakkan permintaan terhadap dolar AS, seterusnya menekan mata wang sedang pesat membangun, termasuk ringgit.

"Ringgit mungkin terus diniagakan melebihi paras ambang 4.6000 berbanding dolar AS kerana indeks dolar AS dijangka didagangkan di atas paras 112.0," kata firma penyelidikan itu.

Di pasaran tempatan, pelabur turut memantau dengan teliti Bajet 2023 akan datang yang dijadual dibentangkan pada hari Jumaat, yang mana ini mungkin boleh mengehadkan sebahagian kerugian ringgit.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.1657/1707 daripada 5.1728/1762 minggu lepas, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2049/2082 daripada 3.2103/2126 dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2323/2359 daripada 3.2343/2368.

Bagaimanapun, mata wang tempatan turun berbanding euro kepada 4.5495/5539 daripada 4.5428/5458 pada penutup Jumaat. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan