web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pharmaniaga Dilantik Pengedar Tunggal Baraka Di Malaysia

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2021 1:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pharmaniaga Bhd hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya, Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB) telah dilantik secara rasmi oleh Pharco Pharmaceuticals dari Mesir sebagai pengedar tunggal suplemen kesihatan Baraka di Malaysia baru-baru ini.

Dengan pelantikan ini, katanya PLSB telah melantik Pristine Pharma Sdn Bhd, sebuah lagi anak syarikat Pharmaniaga, sebagai pengedar tunggal Baraka.

“Baraka kini boleh didapati di RoyalePharma cawangan Bangi, farmasi terpilih dan kedai ubat tradisional,” katanya dalam kenyataan di sini.

Berasal dari Mesir, Baraka diperbuat daripada 100 peratus minyak Habbatus Sauda berkualiti tinggi, semula jadi, Halal dan selamat untuk dimakan.

Proses pembuatannya merangkumi pengambilan minyak Habbatus Sauda melalui teknik ‘cold-press’ untuk mengekalkan khasiat dan sifat antioksidannya.

Ia boleh didapati dalam bentuk kapsul gel lembut dan pek lepuh yang mudah untuk dimakan dan dibawa ke mana-mana. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori