web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sektor Kewangan Berperanan Penting Kurangkan Risiko Perubahan Iklim - BNM

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 1:49PM

Taksonomi sektor kewangan juga dijangka menggalakkan aliran modal ke arah menyokong kegiatan peralihan, selain membangunkan asas yang kukuh untuk penilaian risiko dan pendedahan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sektor kewangan berperanan penting membantu ekonomi dan masyarakat dalam mengurangkan risiko perubahan iklim, dan gerak balasnya pada beberapa tahun akan datang akan mempengaruhi cara institusi kewangan berinteraksi dengan perniagaan, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Jessica Chew Cheng Lian.

Beliau berkata sejajar dengan Malaysia yang komited untuk mencapai sasaran pelepasan sifar bersih pada 2050, taksonomi sektor kewangan juga dijangka menggalakkan aliran modal ke arah menyokong kegiatan peralihan, selain membangunkan asas yang kukuh untuk penilaian risiko dan pendedahan.

“Taksonomi itu tidak mengguna pakai klasifikasi dedua bagi kegiatan hijau dan yang memudaratkan alam sekitar, namun ia mengiktiraf usaha boleh dipercayai yang dilaksanakan perniagaan untuk secara aktif mengurangkan kemudaratan yang mungkin timbul daripada operasi mereka terhadap alam sekitar semasa peralihan.

“Berdasarkan analisis terhadap pendedahan penting mereka kepada risiko berkaitan iklim, institusi kewangan akan diminta mengambil tindakan untuk menangani pendedahan yang tinggi dan tidak layak,” katanya semasa berucap pada persidangan ‘Memajukan dan Membiayai Perumahan Hijau di Asia’ di sini, pada Rabu.

Chew berkata sebagai sebahagian mandat BNM untuk menguruskan risiko terhadap kestabilan kewangan, BNM berharap institusi kewangan akan memahami cara pemacu risiko berkaitan iklim boleh memberi kesan kepada pendedahan risiko mereka termasuk risiko kredit, pasaran dan insurans daripada kegiatan pemberian pinjaman, pengunderaitan serta pelaburan.

“Kami berharap institusi kewangan dapat mengenal pasti, menilai dan menguruskan semua risiko ini dengan baik,” katanya.

Beliau berkata BNM juga yakin sektor kewangan boleh dan perlu melakukan peranan mangkin dalam peralihan ke arah ekonomi rendah karbon menerusi kawalan sumbernya yang menggerakkan ekonomi.

Bank pusat juga memperkukuh piawaian, yang institusi kewangan diharap dapat memenuhinya selain menguruskan risiko berkaitan iklim termasuk institusi kewangan dapat bekerja dengan dan menyokong pelanggan mereka dalam menguruskan peralihan, katanya.

Beliau berkata jika perniagaan komited dan bersedia untuk melakukan perubahan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau mereka, sektor kewangan perlu membantu perniagaan ini untuk melaksanakan peralihan tersebut.

Chew berkata banyak lagi usaha yang boleh dilakukan oleh institusi kewangan di Malaysia untuk memanfaatkan potensi bagi meningkatkan skala kewangan perumahan hijau.

Beliau berkata pada masa ini, kegiatan pembiayaan sebahagian besarnya tertumpu kepada pengguna akhir, yang hanya satu bahagian daripada rantaian nilai perumahan.

“Penerapan pertimbangan hijau dalam pendanaan yang diperluaskan kepada pemaju dan mereka yang terlibat dalam aktiviti pembinaan -- seperti jurutera dan pembekal bahan mentah -- sebahagian besarnya masih belum diterokai dan dapat membantu mengimbangi atau menguruskan kos pendahuluan yang tinggi berkaitan bangunan hijau secara berperingkat dalam tempoh masa.

“Perlindungan produk seperti  insurans perumahan hijau juga kekal sebagai pasaran yang belum diterokai di Malaysia walaupun semakin banyak bilangan bangunan hijau di negara ini,” katanya.

Beliau berkata ciri-ciri lanjutan seperti perlindungan tambahan bagi bangunan hijau tanpa disahkan untuk membina semua secara hijau apabila kerosakan berlaku juga boleh diterokai, katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan