web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gunakan Reformasi Struktur Kawal Kemerosotan Ringgit - Guan Eng

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 4:53PM

Lim Guan Eng - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menerima pakai reformasi struktur ekonomi dengan segera untuk mengawal kemerosotan nilai ringgit, kata Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, sekiranya ia tidak dilaksanakan, kesan buruk inflasi akan berlaku terhadap perniagaan, kos sara hidup rakyat dan hutang kerajaan dalam dolar Amerika Syarikat (AS). 

“Mari kita lihat berapa banyak tambahan perlu dibayar kerajaan bagi hutang dolar AS.

“Kerajaan perlu mengeluarkan tambahan RM7.7 bilion untuk membayar balik prinsipal tiga bahagian bon dolar AS berjumlah AS$6.5 bilion yang diatur Goldman Sachs untuk 1Malaysia Development Bhd (1MDB),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Guan Eng turut mempersoalkan mengapa pemimpin UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memilih untuk berdiam diri mengenai kerugian berbilion ringgit akibat penyusutan nilai ringgit.

Ahli Parlimen Bagan, itu berkata, bon AS$6.5 bilion dolar yang diterbitkan pada tahun 2012 dan 2013, akan matang pada 2022 serta 2023 apabila kekuatan dolar AS berada pada tahap tertinggi dalam 24 tahun.

“Pada RM3.35 berbanding dolar AS apabila tiga bon 1MDB AS$ diterbitkan, jumlah prinsipal AS$6.5 bilion akan mencecah kira-kira RM21.8 bilion. Pada kadar pertukaran semasa RM4.54 kepada dolar AS, jumlah prinsipal yang perlu dibayar untuk AS$6.5 bilion akan menjadi lebih tinggi pada RM29.5 bilion atau RM7.7 bilion lebih tinggi.

“Faedah terkumpul sepatutnya berjumlah lebih RM1 bilion setahun dan RM10.5 bilion dalam sedekad lalu. Ringgit yang lebih lemah tahun ini bermakna kos faedah tahunan adalah sekitar RM1.5 bilion dan bukannya RM1 bilion," katanya.

Semalam, ringgit merosot kepada RM4.54 berbanding satu dolar AS, menyaksikannya nilai terendah sejak 24 tahun. - Getaran, 17 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan