web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Naza Eastern Motors Lancar Suzuki Swift Sport

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2021 8:29AM

Suzuki Swift Sport kembali ke pasaran Malaysia. - Gambar dari carlist.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suzuki Swift Sport kembali ke pasaran Malaysia dan muncul model pertama generasi baharu Suzuki Cars yang dilancarkan di negara ini menerusi pengedar terbaharu, Naza Eastern Motors Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Automotive Corporation Sdn Bhd, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan berkata pengenalan semula Suzuki menerusi kenderaan ‘hatchback’ ikonik popular itu mampu menarik pembeli menerusi ciri-ciri seperti paparan gaya serba agresif selain pemanduan serta pengendaliannya yang responsif.

“Suzuki Swift Sport yang diimport dari Jepun ini dilengkapi enjin ‘booosterjet’ 1.4 liter yang digandingkan dengan transmisi automatik enam kelajuan dan menghasilkan kuasa kuda 140 dan tork 230 newton-meter daripada rpm 2,500.

“Kelebihan lainnya adalah platform generasi baharu Heartech yang memastikan keselamatan sekiranya berlaku pelanggaran menerusi kekuatan bahagian bawah badan yang diperkukuh,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Kenderaan itu ditawarkan dalam empat warna iaitu kuning Champion Yellow, putih Pearl Pure White, metalik biru Speedy Blue dan merah metalik Burning Red Pearl. 

Mereka yang berminat melihat kenderaan Suzuki Swift Sport ini boleh mengunjungi pusat pameran, perkhidmatan dan alat ganti (3S) pertama Suzuki di Naza Automall, Petaling Jaya, Selangor. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori