web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KDNK Suku Ketiga Dijangka Catat Pertumbuhan Kukuh - Tengku Zafrul

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 6:18PM

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Kerajaan optimis keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara bagi suku ketiga tahun ini akan menunjukkan pertumbuhan yang kukuh berdasarkan beberapa petunjuk ekonomi semasa yang positif setakat ini. 

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata keyakinan itu selari dengan kadar pengangguran yang mencatatkan penurunan kepada 3.7 peratus pada Julai, berbanding 3.8 peratus sebelumnya.. 

Beliau berkata kadar itu juga adalah lebih baik berbanding semasa tempoh pandemik iaitu dalam lingkungan 5.3 peratus pada Mei 2020. 

“Ini menunjukkan trend yang bagus, selari dengan pertumbuhan ekonomi yang masih lagi menunjukkan pertumbuhan positif,” katanya.

“Seperti yang kita sedia maklum, pertumbuhan KDNK pada  suku kedua 2022 menunjukkan pertumbuhan cemerlang berbanding unjuran sebelum ini iaitu 8.9 peratus,” katanya kepada media selepas melancarkan Majlis Perasmian Program Karnival Gegar Kerjaya 2022, di sini, hari ini. 

Tengku Zafrul berkata bagi pembentangan Belanjawan 2023 pada 7 Okt nanti, kerajaan akan menumpukan kepada empat isu utama iaitu rakyat, perniagaan, ekonomi dan kerajaan. 

“Kita mahu 2023 menjadi tahun kita nak buat a lot of reform (banyak pembaharuan).

“Bagi ekonomi global pada 2023 yang dijangka lebih mencabar, negara kita harus lebih bersedia untuk melakukan langkah yang betul dan unjuran ekonomi pada tahun hadapan adalah bergantung kepada keadaan ekonomi global,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bilangan Penganggur Berkurang Kepada 580,700 Pada 2023 - DOSM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Tidak Ada Hasrat Tamatkan Sistem AP Secara Berperingkat - Tengku Zafrul

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ