Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Aliran Masuk Tunai Bersih Pasaran Ekuiti Catat RM6.3 Bilion Setakat Julai - Abdul Wahid

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 4:11PM

Abdul Wahid berucap pada Karnival Saham Pahang bersama Bursa Malaysia di Kompleks Yayasan Pahang hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Pasaran modal domestik kekal teratur dengan pasaran ekuiti mencatat aliran masuk tunai bersih sebanyak RM6.3 bilion setakat Julai lepas biarpun dalam keadaan tidak menentu kebelakangan ini, kata Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Beliau berkata, pasaran modal Malaysia turut berkembang dengan jumlah permodalan pasaran berjumlah RM1.79 trilion atau 116 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir 2021.

Menurutnya, pengembangan berterusan pasaran modal domestik itu turut mewujudkan peluang simpanan alternatif serta instrumen pelaburan lebih meluas untuk segmen runcit yang membolehkan penyertaan orang awam.

“Selaras dengan perkembangan Malaysia ke arah sebuah negara yang berpendapatan tinggi, pasaran modal domestik juga harus menggalakkan lebih banyak penyertaan pelabur runcit bagi memangkin pertumbuhan ekonomi dan menyokong pertumbuhan jangka panjang dan mampan negara,” katanya.

Beliau berucap pada Karnival Saham Pahang Bersama Bursa Malaysia di Kompleks Yayasan Pahang yang dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Abdullah, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Wahid berkata sejumlah 34 Syarikat Senaraian Awam terbabit dengan aktiviti di Pahang yang melibatkan jumlah permodalan pasaran sebanyak RM108.5 bilion atau tujuh peratus daripada KDNK.

“Bagi segmen runcit, secara amnya purata nilai dagangan harian (ADV) dalam kalangan pelabur runcit menunjukkan sedikit penurunan daripada RM1.6 bilion pada 2020 kepada RM1.3 bilion pada 2021 dengan penglibatan Pahang masih di tahap rendah,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Wahid menyifatkan program Karnival Saham Pahang tersebut menjadi sebahagian daripada usaha Bursa Malaysia untuk menyuntik kesedaran masyarakat negeri itu mengenai pelaburan awal, sekali gus meningkatkan bilangan pelabur runcit.

Menurutnya, inisiatif utama lain termasuk Bursa Marketplace yang mengetengahkan alat pelaburan utama bagi mempelajari asas-asas pelaburan manakala Bursa Academy iaitu platform e-pembelajaran sehenti menawarkan ilmu mengenai tiga pasaran iaitu ekuiti, derivatif dan pasaran modal Islam.

Selain itu, beliau turut mengingatkan mengenai lonjakan skim penipuan pelaburan dan kemunculan individu ‘pakar pelaburan’ tidak bertauliah berikutan ketidaktentuan pasaran global yang boleh mencetuskan ancaman kewangan kepada pelabur baharu.

“Adalah penting untuk para pelabur mempunyai pengetahuan serta alat pelaburan yang betul bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan pelaburan tersebut,” katanya.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita, Wan Rosdy berharap rakyat Pahang bijak untuk membuat keputusan pelaburan yang tepat.

“Program pada hari ini amat baik untuk memberi pendedahan pelaburan kepada masyarakat. Apa yang penting adalah mempunyai ilmu untuk melabur sama ada di bursa saham atau (unit amanah) ASB,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 hari yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Penipuan Pelaburan: Polis Sahkan Terima Laporan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Terima 547 Laporan Kes Penipuan 3 Syarikat Pelaburan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Muslim Insiders Harap Lebih Banyak Bank Negara Islam Melabur Di Malaysia

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM