web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AirAsia Kembali Beroperasi Di Terminal 4, Lapangan Terbang Changi, Mulai 15 September

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 12:50PM

T4 Lapangan Terbang Changi akan beroperasi semula pada 13 September selepas operasinya digantung pada Mei 2020 akibat pandemik COVID-19. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) bakal kembali beroperasi di Terminal 4 (T4) Lapangan Terbang Changi dari Terminal 1 (T1) mulai 15 Sept 2022.

Menurut kumpulan itu, semua penerbangan AirAsia yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (kod penerbangan: AK), AirAsia Thailand (kod penerbangan: FD), AirAsia Indonesia (kod penerbangan: QZ) dan AirAsia Filipina (kod penerbangan: Z2) akan tiba dan berlepas dari Terminal 4.

“Jadual penerbangan dan waktu pelepasan serta ketibaan tidak akan terjejas oleh perpindahan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya penumpang akan dimaklumkan mengenai perubahan ini melalui e-mel dan SMS serta akan menerima maklumat penerbangan baharu melalui e-mel yang berdaftar.

“Para penumpang turut disarankan untuk mengemas kini butiran untuk dihubungi bagi memastikan mereka menerima sebarang kemas kini terhadap penerbangan mereka,” katanya. 

Menurut kumpulan itu, perpindahan tersebut turut termasuk pelarasan kepada kios daftar masuk di T4, Balai Berlepas, Baris 4; kaunter daftar masuk bagasi secara kendiri terletak di Baris 4; Kaunter Perkhidmatan di Baris 4 dan kaunter daftar masuk berkumpulan di Baris 3.

AirAsia menggalakkan semua penumpang untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App sebelum tiba di lapangan terbang dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan mereka.

Perkhidmatan daftar masuk dalam talian tersedia dari 14 hari hingga 1 jam sebelum waktu pelepasan yang dijadualkan.

Penumpang yang berlepas dari T4 dinasihatkan untuk tiba awal bagi memastikan masa yang mencukupi untuk bergerak melalui terminal.

T4 Lapangan Terbang Changi akan beroperasi semula pada 13 September selepas operasinya digantung pada Mei 2020 akibat pandemik COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ