web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perbincangan Mengenai DNB Bergerak Di Haluan Yang Betul - Pemangku CEO

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 7:03PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbincangan mengenai perjanjian pegangan dan langganan saham dalam Digital Nasional Bhd (DNB) sedang bergerak ke haluan yang betul, kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Axiata Group Bhd, Vivek Sood. 

Katanya, Celcom Axiata Bhd dan Digi.com Bhd sedang mengadakan perbincangan berasingan mengenai elemen-elemen ini serta apa yang akan menjadi pemilikan kedua-dua syarikat itu berikutan penggabungan yang dirancang mereka, yang dijangka siap menjelang akhir tahun. 

"Bagi pemilikan tersebut, kami faham bahawa ia akan menjadi saksama berdasarkan penyertaan," katanya kepada pemberita semasa taklimat keputusan kewangan suku kedua Axiata hari ini. 

Perbincangan di pihak komersial juga melahirkan keputusan yang positif. 

"Saya tidak akan bercakap mengenai tarikh (tarikh akhir). Kami sebenarnya amat percaya untuk meneruskan usaha ini bagi memastikan rangkaian 5G disediakan kepada pengguna secepat mungkin. Saya fikir kami akan mencapai tujuan ini," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pelancaran bank digital yang akan dibentuk oleh cabang teknologi kewangannya, Boost Holdings Sdn Bhd dan RHB Bank Bhd akan dibuat menjelang 2023. 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz baru-baru ini dipetik berkata pengendali rangkaian mudah alih berkenaan mempunyai tempoh sehingga 31 Ogos untuk bersetuju dengan terma berkaitan pengambilalihan saham dalam DNB.

Konsortium Boost-RHB dinamakan sebagai salah satu penerima daripada lima lesen bank digital negara ini yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

DNB, CSM Bawah Kementerian Digital - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

5G: Syarikat Telekomunikasi Bakal Umum Berita Gembira Hujung Bulan Ini - Fahmi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Rangkaian 5G DNB Akan Terus Digunakan Meskipun Negara Beralih Kepada Dwirangkaian 5G - Fahmi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

TM Keluar Notis Penamatan Berhubung Perolehan SSA Ke Atas Kepentingan Dalam DNB

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia