web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BNM Dijangka Naikkan OPR Pada September - Kenanga Research

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 1:32PM

Bank Negara Malaysia - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kecenderungan untuk meningkatkan kadar faedah pada September, menyaksikan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) untuk kali ketiga berturut-turut tahun ini, kata Kenanga Research (Kenanga).

Dalam satu nota hari ini, firma penyelidikan itu percaya kenaikan OPR adalah berdasarkan jangkaan bahawa kadar inflasi Malaysia akan berada pada purata melebihi paras 4.0 peratus pada separuh kedua 2022 (2H22) berikutan kenaikan harga makanan di tengah-tengah peningkatan kos import.

“Dalam usaha untuk selaras dengan pendirian bank-bank pusat yang lain, kami beranggapan BNM  akan terus mengetatkan mesyuaratnya dengan OPR mencecah 3.0 peratus menjelang suku pertama 2023 ,” katanya.

Sementara itu, Kenanga berkata ringgit mungkin terus diniagakan melepasi paras 4.40 berbanding dolar AS dalam tempoh terdekat.

Ini ialah kerana permintaan untuk mata wang yang lebih selamat dijangka kekal kukuh didorong oleh kebimbangan yang semakin memuncak mengenai kemelesetan global, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang terus cenderung menaikkan kadar faedah, ketegangan AS-China yang berpotensi untuk terus meningkat dan krisis tenaga Eropah.

“Bagaimanapun, mata wang tempatan mungkin mula mengukuh kembali berbanding dolar AS pada suku keempat 2022 berikutan jangkaan aliran pelaburan asing yang utuh ke Malaysia di tengah-tengah peningkatan selera risiko untuk aset pasaran pesat membangun,” katanya.

Di pasaran bon, firma penyelidikan menjangkakan permintaan asing untuk bon domestik akan terus tertekan pada bulan Ogos susulan  sentimen penolakan risiko global disebabkan kebimbangan kemelesetan yang berlarutan dan ketegangan AS-China yang diperbaharui.

"Hasil domestik diunjurkan meningkat minggu ini,  mengambil petunjuk daripada lonjakan hasil Perbendaharaan AS baru-baru ini selepas kebimbangan mengenai kemelesetan AS mereda berikutan laporan pekerjaan bulan Julai yang jauh lebih baik daripada jangkaan,” katanya.

Bagaimanapun, ia berkata aliran menaik itu mungkin dihadkan oleh pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia untuk suku kedua 2022 yang berpotensi kukuh dan ia dijangka diumumkan pada 12 Ogos 2022. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ