Berita Terkini

4 jam yang lalu: MT UMNO mahu Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, PRU-15 tahun ini - Ahmad Maslan 4 jam yang lalu: MT UMNO terima peletakan jawatan Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO - Ahmad Maslan 4 jam yang lalu: JDT II rangkul kejuaraan Liga Premier 2022, tewaskan Selangor FC 2 1-0 5 jam yang lalu: Mahkamah Thai putuskan khidmat Prayuth sebagai PM tidak melebihi tempoh lapan tahun 5 jam yang lalu: Tiada unsur cubaan culik berlaku di Telok Panglima Garang - Polis

IKUTI KAMI


Pakar Ekonomi: Had Kredit, Kadar Faedah Antara Isu Perlu Diperketat Dalam Rangka Kerja BNPL

Ekonomi Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 4:42PM

Tidak salah sekiranya orang ramai inginkan sesuatu dan membuat pembelian asalkan ia dilakukan dengan bertanggungjawab - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah untuk mengawal selia kemudahan Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) adalah tepat pada masanya, antaranya mempertimbangkan had kredit yang boleh diambil oleh seseorang individu, menurut pakar ekonomi Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor.

Pengaturan BNPL sedia ada dilihat tidak benar-benar menumpukan kepada penarafan kredit pengguna memandangkan kelulusan yang diberikan hanya berdasarkan maklumat asas, tanpa mengambil kira sama ada pengguna berupaya untuk membuat bayaran balik atau sebaliknya.

“Oleh itu, memperketat undang-undang BNPL perlu dilakukan dan dikawal sewajarnya kerana bukan semua rakyat mampu membayar semula jika kadar faedah dan penalti yang dikenakan terlalu tinggi,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan penggubalan Akta Kredit Pengguna (CCA).

CCA yang dijangka dibentangkan kepada Parlimen pada suku kedua 2023 adalah tepat pada masanya untuk memastikan kestabilan dan pertumbuhan sistem kewangan.

Akta tersebut akan berfungsi sebagai pendekatan awal selepas memantau trend, risiko dan kesan berpotensi ke atas kedudukan kewangan pengguna.

CCA akan ditadbir oleh Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB), sebuah pihak berkuasa kompeten bebas, ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan (MOF).

Shazali berpandangan, antara aspek yang perlu diperketatkan dalam BNPL adalah jumlah (had) kredit yang boleh diluluskan kepada pelanggan, kadar faedah ditawarkan, jenis harga barangan yang dibenarkan untuk memanfaatkan kemudahan BNPL serta tempoh pembayaran bagi skim tersebut.

Pengaturan BNPL sedia ada dilihat tidak benar-benar menumpukan kepada penarafan kredit pengguna memandangkan kelulusan yang diberikan hanya berdasarkan maklumat asas - Gambar Hiasan
Pengaturan BNPL sedia ada dilihat tidak benar-benar menumpukan kepada penarafan kredit pengguna memandangkan kelulusan yang diberikan hanya berdasarkan maklumat asas - Gambar Hiasan

Kebanyakan industri bergantung kepada pembelian barangan secara berhutang, katanya sambil menyatakan kemudahan kad kredit merupakan instrumen biasa dalam BNPL.

“Jadi, jika melihat punca pinjaman isi rumah meningkat, kebanyakannya disebabkan pinjaman daripada kad kredit yang menggunakan skim seperti BNPL. Malah, kebanyakan barangan BNPL dilihat sebagai kehendak, bukannya keperluan.

“Sebaik-baiknya, kita mengawal dengan tegas bagaimana kelulusan kad kredit diberikan dan kriteria untuk memilikinya, bukan semata-mata menawarkan kemudahan BNPL kepada mereka yang dipercayai sebagai golongan mudah terjejas,” katanya.

Berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap 10 penyedia BNPL bukan bank, nilai urus niaga pasaran BNPL melonjak kepada RM1.49 bilion pada 2021 berbanding RM55 juta pada 2020.

Secara perbandingan, hutang isi rumah di Malaysia meningkat kepada RM1.375 trilion sehingga akhir 2021 berbanding RM1.27 trilion pada 2020.

Ketika wujud kebimbangan bahawa perkhidmatan BNPL berisiko memburukkan lagi situasi kekangan hutang yang dialami oleh rakyat Malaysia, Shazali berkata, mekanisme yang perlu dititiberatkan adalah etika kemampuan untuk bertanggungjawab.

“Tidak salah sekiranya orang ramai inginkan sesuatu dan membuat pembelian asalkan ia dilakukan dengan bertanggungjawab.

“Namun, dalam memberikan kelulusan terhadap sebarang permohonan berkaitan kredit yang dibuat, pelanggan perlu mengisytiharkan dengan jujur sekiranya mereka mempunyai hutang yang tinggi dan melebihi kemampuan.

“Oleh itu, akta ini perlu dikaji kebaikan dan keburukannya. Kita tidak boleh terus kata ‘tidak’, tetapi ia perlu seimbang untuk melindungi kedua-dua pihak,” katanya.

Kebanyakan industri bergantung kepada pembelian barangan secara berhutang, katanya sambil menyatakan kemudahan kad kredit merupakan instrumen biasa dalam BNPL - Gambar Hiasan
Kebanyakan industri bergantung kepada pembelian barangan secara berhutang, katanya sambil menyatakan kemudahan kad kredit merupakan instrumen biasa dalam BNPL - Gambar Hiasan

CCA akan mengguna pakai pendekatan pengawalseliaan bersekutu yang dimodelkan selepas Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Peralihan kawal selia kredit pengguna ini dijangka dilaksanakan secara berperingkat.

Fasa 1 ialah selepas penggubalan CCA -- menjelang akhir 2023, Fasa 2 menjelang 2025 dan Fasa 3 selepas 2030.

Mengulas mengenai jangka masa bagi penggubalan akta itu, Shazali berkata tempoh yang diberikan dilihat memadai untuk peserta industri mematuhi dan menyelaraskan perniagaan mereka.

“Bagaimanapun, ia berbalik kepada tujuan akta itu dibuat bagi melindungi peserta industri dan pelanggan. Justeru, lebih baik jika ia dilaksanakan lebih awal.

“Akta yang ada pada masa ini tidak sesuai. Sebagai contoh, jika seseorang tidak dapat membayar hutang (BNPL), ia merugikan industri, sekali gus meningkatkan jumlah orang yang bankrap dan membawa kepada masalah sosial,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

UiTM Tamatkan Khidmat Pensyarah Terlibat Gangguan Seksual Serta Merta

2

UMNO Dipersalahkan Hanya Kerana PM Dari Parti Kami - Azalina

3

Bila Tular Isu Bersama Scammer, Saya Terpaksa Hentikan Promosi Konsert – Noraniza Idris Terkilan

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

CIMB Akan Tamatkan Sepenuhnya SMS OTP, Tukar Kepada SecureTAC Menjelang Separuh Pertama 2023

Ekonomi 7 jam yang lalu

ASNB Umum Agihan Pendapatan ASM 3 Sebanyak 3.75 Sen Seunit

Ekonomi 1 hari yang lalu

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, FBM KLCI Susut Di Bawah Paras 1,400

Ekonomi 1 hari yang lalu

Labuan IBFC Sumbang Lebih Daripada RM900 Juta Kepada Negara