web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jumlah Trafik Penumpang MAHB Naik Lebih 6 Kali Ganda Pada Separuh Pertama 2022

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 6:13PM

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan peningkatan trafik penumpangnya untuk Malaysia lebih enam kali ganda pada separuh pertama 2022 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan peningkatan trafik penumpangnya untuk Malaysia lebih enam kali ganda pada separuh pertama 2022 (1H 2022) berbanding tempoh yang sama pada 2021.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAHB berkata ia mencatatkan 20.25 juta penumpang melalui rangkaian lapangan terbangnya di seluruh negara dari Januari hingga Jun 2022.

Penyambungan semula syarikat penerbangan asing yang aktif dan pembukaan laluan antarabangsa menyumbang kepada prestasi yang menggalakkan itu.

Jumlah pergerakan trafik penumpang Malaysia pada Jun 2022 berjumlah 4.54 juta, membentuk 63 peratus daripada jumlah pergerakan penumpang kumpulan itu sebanyak 7.21 juta, termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen.

Malaysia mencatatkan 1.29 juta penumpang untuk trafik antarabangsa manakala trafik domestik berjumlah 3.24 juta.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata trafik antarabangsa di Malaysia bertambah baik, dan ini dapat dilihat menerusi prestasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lepas.

"Jumlah trafik antarabangsa KLIA melepasi paras sejuta penumpang buat kali pertama sejak pandemik.

"Ia merekodkan 1.09 juta penumpang antarabangsa iaitu peningkatan 21 peratus berbanding Mei.

"Lapangan terbang antarabangsa lain dalam rangkaian tempatan kami juga telah mencatatkan peningkatan jumlah penumpang antara 35 peratus dan 66 peratus pada Jun berbanding bulan sebelumnya.

"Kami yakin ia akan bertambah baik dengan lebih banyak penyambungan semula oleh syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang kami," katanya.

Iskandar Mizal menyatakan bahawa MAHB mengalu-alukan empat syarikat penerbangan asing yang memulakan semula operasi di Malaysia pada Jun.

Ia termasuklah Citilink dan Lion Air, terbang dilaluan Medan-Kuala Namu–Pulau Pinang, dan Air Busan (BX) serta Jeju Air, yang terbang dilaluan Seoul-Incheon (INC) – Kota Kinabalu (BKI).

Laluan INC-BKI ialah laluan baharu untuk BX. Selain kembalinya syarikat penerbangan asing, kumpulan itu juga menyaksikan permulaan semula laluan semasa prapandemik.

Batik Air memulakan semula laluan Subang (SZB)–Batam dan KL–Denpasar, manakala Firefly mengembalikan operasi SZB–Seletar.

Sementara itu, Pakistan International Airlines memperkenalkan laluan baharu yang menghubungkan Lahore ke KL.

Operasi MAHB di Turki kekal konsisten kerana ia merekodkan sejumlah 2.68 juta pergerakan penumpang, dengan rekod domestik 1.39 juta dan antarabangsa 1.29 juta, meningkat tiga peratus dari Mei 2022. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

2

Politik 2 tahun yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Naik Taraf KLIA Dijangka Bermula 2026

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Aliran Pergerakan Penumpang MAHB Kekal Lebih 9 Juta Pada April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan