Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perkenal Tabung Endownment, Cukai Tertentu Elak Beri Subsidi Tanpa Sumber Kewangan

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 9:00AM

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini memaklumkan jumlah keseluruhan subsidi dijangka menghampiri RM80 bilion bagi 2022. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemberian subsidi tertinggi dalam sejarah yang berjumlah RM77.3 bilion setakat ini (2022) bukan langkah bijak untuk diteruskan kerajaan bagi tempoh jangka panjang mahupun pertengahan.

Pakar ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, jika tidak dikawal kerajaan terpaksa memotong belanjawan ke atas pembangunan yang dikhuatiri boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi secara mampan.

“Sebenarnya (pemberian) subsidi ini akan menjejaskan belanjawan negara kerana setiap tahun kerajaan memperuntukkan RM330 bilion. Jadi kalau dah RM77 bilion dibelanjakan untuk menampung subsidi, yang tinggal hanya kira-kira RM260 bilion lagi.

“Kemudian dari situ kerajaan nak bayar gaji sahaja jumlahnya amat besar, lebih RM70 bilion. Maknanya ia mungkin menyebabkan kerajaan terpaksa memotong belanjawan ke atas pembangunan infrastruktur.

“Dan kalau itu berlaku ia boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara sedikit. Namun itu berkait dengan kesan jangka panjang,” katanya kepada Getaran.

Dr Barjoyai Bardai - Gambar Facebook
Dr Barjoyai Bardai - Gambar Facebook

Susulan itu, beliau berkata, kerajaan perlu memantapkan program keselamatan sosial dengan mewujudkan Tabung Endowment Nasional bagi mengumpul modal dalam skim pembiayaan sosial.

Katanya, menerusi konsep itu, kerajaan boleh mempelawa syarikat milik kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat tersenarai untuk menyumbang kepada tabung itu atau meminjamkan aset mereka dengan memberi insentif cukai dalam bentuk penangguhan cukai, rebat cukai dan potongan cukai.

“Kita cadangkan kita mulakan satu skim perlindungan sosial, cuma kita kena mulakan secara perlahan-lahan. Jadi cari mudah kita wujudkan satu Tabung Endownment dengan konsep kita kumpul modal kemudian masuk dalam satu tabung dan duit itu dilaburkan.

“Apabila dilaburkan sudah tentu akan mendapat pulangan tiap-tiap tahun dalam bentuk dividen. Jadi kita tak usik modal tapi pulangan saja kita gunakan untuk membantu kumpulan memerlukan,” katanya.

Jelasnya, ia merupakan satu mekanisme terbaik dilaksanakan kerajaan bagi mengelak pemberian subsidi diteruskan setiap tahun tanpa sumber kewangan.

Barjoyai berkata pemberian subsidi turut memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi negara bagi jangka masa pendek. - Gambar oleh Alif Omar
Barjoyai berkata pemberian subsidi turut memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi negara bagi jangka masa pendek. - Gambar oleh Alif Omar

“Syarikat-syarikat berkenaan sudah tentu akan berminat untuk membantu kerana mereka juga membantu sambil mendapat faedah kewangan.

“Kemudian barulah kita akan besarkan tabung itu sehinggalah ia menjadi tabung besar seperti di  Norway yang memiliki sekitar 10 trilion hingga hari ini,” katanya.

Malah Barjoyai turut mencadangkan supaya kerajaan mengehadkan subsidi kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan sahaja.

“Langkah itu perlu dilaksanakan segera supaya kita tidak dilihat seperti Sri Lanka yang jatuh bankrap kerana terlalu memberi pelbagai subsidi kepada semua isi rumah di negara itu.

“Ia menyebabkan kerajaan negara itu tidak cukup sumber kewangan untuk membayar balik pinjaman atau faedah ke atas pinjaman,” katanya.

Katanya lagi, negara boleh berisiko jatuh muflis sekiranya berlaku krisis keyakinan daripada peminjam terhadap kerajaan Malaysia.

“Pasti (boleh bankrap) sebab jumlah pinjaman kerajaan Malaysia adalah tiga kali ganda dari Sri Lanka.

“Jadi kalau Sri Lanka boleh bankrap kita pun boleh juga. Tapi ini akan berlaku jika ada krisis keyakinan daripada peminjam kepada kerajaan Malaysia,” katanya.

Pada masa sama beliau berkata, pemberian subsidi itu turut memberi kesan positif untuk pertumbuhan ekonomi negara bagi jangka masa pendek.

Seramai 8.6 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 mula menerima bayaran secara berperingkat bermula semalam.
Seramai 8.6 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 mula menerima bayaran secara berperingkat bermula semalam.

Katanya, apabila bantuan (wang tunai) diberikan kepada isi rumah, ia akan terus digunakan sekaligus meningkatkan perbelanjaan persendirian.

“Di Malaysia, perbelanjaan persendirian paling penting menentukan pertumbuhan ekonomi. Misalnya, Bank Dunia meramalkan bahawa ekonomi Malaysia pada 2022 akan tumbuh 5.5 peratus disebabkan perbelanjaan persendirian yang meningkat sebanyak 8.5 peratus.

“Dan 8.5 peratus itu boleh meningkat disebabkan subsidi dan gaji minima yang meningkat. Jadi semua itu ada kesan ke atas pertumbuhan ekonomi bagi jangka pendek,” katanya.

Dr Ahmed Razman Abdul Latiff
Dr Ahmed Razman Abdul Latiff

Sementara itu, Pakar Ekonomi Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pemberian subsidi yang tinggi boleh menyebabkan kerajaan sentiasa dalam perbelanjaan defisit setiap tahun.

Oleh itu katanya, jika kerajaan berhasrat meneruskan pemberian subsidi, mereka perlu memikirkan sumber hasil lebih tinggi menerusi pelaksanaan cukai tertentu untuk menampung perbelanjaan tersebut.

“Misalnya kerajaan boleh mengenakan cukai laba terhadap industri yang menghasilkan keuntungan tinggi semasa pandemik seperti institusi kewangan, minyak gas, minyak sawit dan sarung tangan.

“Selain itu, cukai keuntungan modal terhadap individu tertentu yang mendapat keuntungan daripada penjualan saham, bon dan hartanah juga boleh dilaksanakan ketika ini,” katanya.

Ujarnya, kadar cukai tersebut bergantung kepada jumlah keuntungan dan wang yang diperolehi setiap tahun.

“Sebagai contoh di United Kingdom (UK), cukai keuntungan modal pada masa ini (tahun cukai 2021-2022) adalah 10 peratus daripada keuntungan jika pendapatan £50,000 (RM 271,149.67).

“Namun kadar cukai sebanyak 20 peratus akan dikenakan jika pendapatan melebihi had,” katanya. - Getaran, 28 Jun 2022

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 7 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini