Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Malaysia Tak Terjejas Kenaikan Kadar Faedah FED - Pakar Ekonomi 

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 7:02PM

Kenaikan kadar faedah FED tidak memberikan kesan yang begitu teruk kepada Malaysia memandangkan negara ini mempunyai ekonomi rancak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah terkini bank pusat Amerika Syarikat (AS), Rizab Persekutuan (FED) menaikkan kadar faedah sebanyak 0.75 mata peratus akan menyebabkan harga komoditi dan barangan di negara itu menjadi lebih mahal.

Pakar ekonomi daripada Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, pendekatan berkenaan juga akan menjadikan nilai mata wang dolar meningkat di seluruh dunia.

Menurut beliau, walaupun peningkatan kadar faedah itu dilakukan agar ekonomi AS tidak lembap dan mampu memerangi kadar inflasi, namun ia sukar dilaksanakan secara seimbang.

“Bagaimanapun, mengikut Kumpulan Bank Dunia, kesannya kepada Malaysia tidak begitu teruk memandangkan negara ini mempunyai ekonomi rancak, malah perkembangan Pendapatan Kasar Ekonomi Setempat (GDP) dijangka mencapai 5.5 peratus pada tahun ini berbanding 3.1 peratus pada 2021. 

“Perkara ini juga dibantu dengan pengawalan harga minyak dan bahan makanan tersasar, di samping pertukaran wang asing fleksibel serta simpan rizab antarabangsa yang terbesar, iaitu bernilai AS$115.6 billion,” katanya kepada Getaran. 

Dr Abu Sofian Yaacob
Dr Abu Sofian Yaacob

Abu Sofian menegaskan, Malaysia juga tidak akan terkesan disebabkan harga komoditi negara yang tinggi, di samping negara baharu sahaja menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada dua peratus, berbanding 1.75 peratus sebelum ini. 

“Saya berpendapat kerajaan hanya perlu memantau pertukaran wang asing terutama AS dolar disebabkan ia akan menjadikan import kita lebih mahal jika nilai Ringgit Malaysia terus menurun berbanding dolar berkenaan. 

“Kerajaan juga perlu memantau kenaikan harga barangan harian dan mencari pekerja bagi sektor tertentu, seperti makanan (restoran) serta perladangan untuk merangsang dan meningkatkan ekonomi yang sedang dalam fasa pemulihan,” katanya. 

Semalam, FED mengumumkan kenaikan kadar faedah paling agresif dalam hampir 30 tahun dan bersedia untuk berbuat demikian sekali lagi pada bulan hadapan sebagai langkah hdrastik mengawal inflasi yang tinggi.

FED menaikkan kadar dasar utamanya sebanyak 75 mata asas kepada 1.50 peratus -1.75 peratus (sebelum ini 0.75 peratus-1.00 peratus), iaitu kenaikan terbesar sejak 1994 dalam usaha membendung inflasi tinggi yang menyaksikan indeks harga pengguna bulan Mei negara itu melonjak 8.6 peratus tahun ke tahun.

Kenaikan besar-besaran 0.75 mata peratusan itu dibuat selepas FED berdepan tekanan dalam mengekang kenaikan harga bahan api dan makanan yang menyebabkan berjuta-juta rakyat AS, bergelut untuk memenuhi keperluan hidup serta sokongan terhadap Presiden Joe Biden menurun.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, langkah terkini FED menaikkan kadar faedah secara agresif akan menyebabkan pasaran kewangan menjadi lebih meruap.

Menjawab kepada Getaran, beliau menjelaskan, perkara berkenaan wujud disebabkan kenaikan kadar faedah secara agresif dan meningkat pada kelajuan tinggi yang mampu menyebabkan ekonomi AS menjadi lebih perlahan. 

“Selain itu, bank pusat seperti Bank Of England melaksanakan dasar serupa. Justeru, cakap-cakap berkenaan kelembapan ekonomi atau kemelesetan ekonomi sudah mula kedengaran. 

“Justeru, kerajaan dijangka akan berhati-hati dalam melaksanakan dasar fiscal dengan keutamaan terhadap isu berkaitan inflasi,” katanya. 

Lantaran itu, Mohd Afzanizam berkata, peranan perkongsian maklumat dengan rakyat harus dilaksanakan secara konsisten agar rakyat faham tindakan kerajaan.

“Ia perlu dilakukan agar rakyat faham akan tindakan kerajaan terutama hal berkaitan subsidi dan dasar percukaian, di mana kesemuanya dilaksanakan atas dasar untuk mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan pada masa hadapan.

“Konteks ini penting kerana risiko makroekonomi seperti inflasi yang tinggi dan kelembapan ekonomi global memerlukan kerajaan sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga,” katanya. - Getaran, 18 Jun 2022.

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

Usahawan 4 jam yang lalu

Bina Reputasi Meyakinkan, JL99 Raih Pelbagai Anugerah Hartanah

oleh Sophia Ahmad