web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Pertimbang Insentif Fiskal, Bantu Inisiatif 5G Syarikat Telekomunikasi

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 2:19PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersedia mempertimbangkan insentif fiskal untuk membantu syarikat telekomunikasi beralih kepada 5G bagi mengurangkan sebarang kesan komersial jangka pendek dalam menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggan mereka.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ketersediaan dan penggunaan 5G menyumbang kepada cita-cita digital negara di samping memastikan kesalinghubungan sebagai hak asas rakyat Malaysia

"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, 5G akan melonjakkan ekonomi sebanyak RM650 bilion dan mewujudkan 750,000 pekerjaan bernilai tinggi mulai sekarang dan tahun 2030. Oleh itu, kejayaan pelaksanaan 5G kita adalah soal kepentingan awam," katanya dalam temu bual dengan The Straits Times semalam.

Dalam tempoh jangka sederhana hingga panjang, beliau berkata syarikat-syarikat telekomunikasi ini akan meraih faedah 5G tanpa memerlukan bantuan tambahan daripada kerajaan.

“Isu yang lebih besar ialah akses rakyat Malaysia dan perniagaan kepada teknologi 5G.

"Jika syarikat-syarikat telekomunikasi terutamanya yang lebih besar terus menangguhkan penyediaan perkhidmatan 5G kepada pelanggan mereka seperti yang disebut oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia baru-baru ini, kementerian akan mempertimbangkan pilihan lain seperti mengeluarkan lesen baharu kepada pemain baharu untuk membolehkan penyediaan pantas perkhidmatan 5G di negara ini.

"Sememangnya kepentingan Malaysia dan rakyatnya mesti diutamakan daripada kepentingan komersial syarikat telekomunikasi," katanya.

Menurut Tengku Zafrul, peringkat pertama proses pengambilan ekuiti yang melibatkan pengumpulan maklum balas daripada syarikat-syarikat telekomunikasi mengenai dokumen perundingan sulit yang dikeluarkan oleh Digital Nasional Bhd (DNB) telah berjaya diselesaikan pada awal Jun.

“Kita kini berada di peringkat kedua iaitu pengagihan ‘Term Sheet’ untuk penyertaan ekuiti syarikat telekomunikasi.

"'Term Sheet' ini meringkaskan terma-terma utama yang mana DNB akan ditadbir sebagai entiti dengan Kementerian Kewangan (MoF) dan syarikat telekomunikasi sebagai pemegang saham. DNB dan syarikat telekomunikasi yang berminat kemudiannya akan berusaha untuk menandatangani ’Term Sheet" itu secepat mungkin,” katanya.

DNB ialah syarikat tujuan khas Malaysia yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

DNB ditubuhkan pada awal Mac 2021 untuk memacu pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan