web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Celcom Lantik Halim Shafie Sebagai Pengerusi Interim

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 3:00PM

Dr Halim Shafie - Gambar fail dari Twitter TRAI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Celcom Axiata Bhd (Celcom) hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr Halim Shafie sebagai Pengerusi Interim berkuat kuasa 2 Jun, 2022.

Dalam kenyataan pada Jumaat, penyedia telekomunikasi itu menjelaskan pelantikan tersebut dibuat susulan peletakan jawatan oleh Datuk Izzaddin Idris sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Axiata serta sebagai Pengerusi Celcom, kedua-duanya berkuat kuasa 31 Mei, 2022.

Halim telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif bagi Axiata Group Bhd (Axiata) pada 1 November 2020 dan pernah berkhidmat di pelbagai agensi kerajaan termasuk Kementerian Pendidikan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

“Halim merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi pada 2000 dan merupakan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2006 hingga 2009 sebelum memegang jawatan sebagai Pengerusi Telekom Malaysia Bhd dari 2009 hingga 2015.

“Jawatan terakhir beliau sebelum menyertai Axiata ialah Pengerusi MCMC yang dilantik buat kali kedua dari 2015 hingga 2018,” menurut Celcom Axiata.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Smart Axiata Co Ltd.

CEO Celcom Axiata, Datuk Idham Nawawi berkata bersama-sama dengan pengurusan Celcom, pihaknya mengalu-alukan Halim sebagai pengerusi baharu.

“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan beliau dan lembaga pengarah. Kami mengharapkan bimbingan serta kepimpinan beliau dalam memacu organisasi ke arah langkah baharu dan mencipta nilai sebenar untuk pelanggan kami,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan