web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KDNK Malaysia Dijangka Berkembang Sederhana Pada 6.0 Peratus - Bank Dunia

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2021 1:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang pada enam peratus tahun ini, kadar yang lebih sederhana berbanding jangkaan sebelum ini pada 6.7 peratus, menurut Kumpulan Bank Dunia.

Ia menjelaskan pertumbuhan itu dijangka disokong oleh pengukuhan permintaan domestik secara beransur-ansur susulan pelaksanaan program vaksinasi mulai Mac 2021 serta permintaan luaran yang lebih baik namun berhati-hati.

“Kekuatan dan tempoh pemulihan ekonomi Malaysia bagaimanapun akan banyak bergantung kepada ketersediaan program vaksin secara besar-besaran yang tepat pada masanya.

“Program vaksinasi dijangka meliputi sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah penduduk pada Ogos 2021,” menurutnya dalam laporan ‘Economic Update for East Asia and the Pacific - Uneven Recovery’ yang dikeluarkan pada Jumaat.

Selain itu, ia juga mengunjurkan bagi jangka sederhana, keluaran ekonomi ini dijangka tidak pulih kepada tahap sebelum pandemik.

“Unjuran pertumbuhan tertakluk kepada pada risiko negatif yang ketara. Di peringkat luaran, penangguhan pelaksanaan program vaksin boleh menyebabkan sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan ketika ini terpaksa dilaksanakan semula di negara maju dan menjejaskan lagi pertumbuhan global.

“Risiko positif termasuk kejayaan pembendungan gelombang ketiga (jangkitan) dan pelaksanaan program vaksinasi yang berkesan, yang boleh mendorong pemulihan permintaan domestik yang lebih cepat berbanding jangkaan serta keyakinan pelabur yang lebih tinggi,” menurutnya.

Kumpulan Bank Dunia turut menjelaskan jumlah rakyat Malaysia yang hidup di bawah garis kemiskinan nasional dijangka berkurangan secara berperingkat dan kekal pada paras sebelum pandemik sehingga 2022.

“Unjuran ini berdasarkan pada andaian bahawa pemulihan pekerjaan dan pendapatan isi rumah yang dijangkakan tidak sekata, dengan pekerjaan dalam pelancongan dan perkhidmatan mungkin antara yang paling lambat untuk mencatatkan keadaan lebih baik.

“Jangkaan ini juga bergantung kepada pemulihan ketara pekerjaan serta langkah bantuan kerajaan yang berterusan untuk melindungi isi rumah yang miskin dan rentan sementara mencatatkan pemulihan ekonomi sepenuhnya,” jelasnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Tarikh Luput Vaksin COVID-19 Jenis Comirnaty Dilanjut 18 Bulan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Tiada Pengembara China Dikesan Positif COVID-19 Sejak 10 Hari Lalu

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Antara 10 Destinasi Pilihan Pelancong China

4

Selebriti 4 tahun yang lalu

Lisa Positif COVID-19, Ahli BLACKPINK Tunggu Keputusan PCR

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori