Berita Terkini

2 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Hapuskan Subsidi Bakal Menambahkan Masalah Sedia Ada - Pakar

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 4:59PM

Antara subsidi yang dicadangkan untuk rasionalisasi termasuk bahan api RON95 serta produk pertanian seperti gula dan beras. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekarang bukan masanya untuk kerajaan mempertimbangkan langkah untuk merasionalisasikan subsidi minyak memandangkan rakyat Malaysia masih bergelut dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat tekanan inflasi.

Pakar ekonomi bebas, Profesor Zakariah Abdul Rashid berkata meskipun terdapat keperluan bagi kerajaan untuk memastikan ekonomi yang lebih efisyen selepas pandemik, namun keutamaan utama adalah kebajikan rakyat.

Beliau turut mengingatkan bahawa penghapusan subsidi bahan api RON95 ketika ini boleh memberi kesan buruk kepada orang ramai, apatah lagi masih ramai yang baru bangkit semula selepas pandemik.

''Pada pandangan saya, perkembangan dalaman dan luaran semasa amat mencabar. Itulah sebabnya saya percaya kerajaan harus menangguhkan rancangan untuk merasionalkan subsidi minyak,” katanya kepada The Vibes.

''Kita dapat lihat polisi ketat COVID-19 di China, larangan eksport gandum oleh India dan ketegangan geopolitik Rusia-Ukraine, antara lain perkara ini menjejaskan bekalan,'' katanya.

Bernama hari ini melaporkan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri,  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai berkata bahawa kerajaan berkemungkinan memperkenalkan mekanisme bahan api yang disasarkan untuk mengurangkan kesan kenaikan harga minyak mentah, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah

Beliau berkata kerajaan masih mengusahakan struktur yang sesuai berikutan lonjakan ketara dalam unjuran subsidi bahan api untuk 2022 kepada RM28 bilion, berbanding RM11 bilion pada 2021.

"Mereka yang mempunyai BMW tidak boleh menikmati subsidi yang sama seperti mereka yang mempunyai Kancil," katanya semasa sidang akhbar mengenai Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Amerika Syarikat hari ini.

Pada 26 Mac lalu, The Vibes memetik sumber yang memaklumkan bahawa Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bahawa perbincangan kini berada di peringkat lanjutan, dengan agensi untuk mendesak "rasionalisasi subsidi".

Antara subsidi yang dicadangkan untuk rasionalisasi itu termasuk bahan api RON95 serta produk pertanian seperti gula dan beras.

Zakariah Abdul Rashid - Gambar dari Facebook Zakariah Abdul Rashid
Zakariah Abdul Rashid - Gambar dari Facebook Zakariah Abdul Rashid

Bulan lepas, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memberitahu kerajaan berkemungkinan besar akan memperkenalkan mekanisme subsidi minyak bersasar bagi menampung impak kenaikan harga minyak mentah, terutama bagi kumpulan berpendapatan rendah.

Bagaimanapun, sumber rapat memberitahu The Vibes semalam bahawa Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC), yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak memihak sepenuhnya kepada rasionalisasi subsidi minyak susulan mesyuarat yang diadakan baru-baru ini dengan MPC.

Zakariah berkata, jika benar terdapat penolakan daripada MySPC, ini boleh difahami susulan inflasi, yang diburukkan lagi dengan kekurangan komoditi di peringkat global dan peningkatan dalam permintaan.

''Jika subsidi dihapuskan, akan berlaku peningkatan 'artificial' dalam kos pengeluaran. Kesan tidak langsung daripada kenaikan harga minyak adalah sangat penting.”

Ramon Navaratnam
Ramon Navaratnam

Sementara itu, pakar ekonomi veteran, Tan Sri Ramon Navaratnam, yang menyokong rancangan Mustapa untuk pelaksanaan subsidi minyak bersasar, berkata kerajaan harus mengutamakan kebajikan jangka panjang ekonomi.

Beliau menambah, subsidi hanya perlu diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan kerajaan tidak seharusnya melihat untuk mengekalkan insentif secara menyeluruh demi kelangsungan politik ketika pilihan raya umum semakin hampir.

Ditanya sama ada langkah menghapuskan subsidi bahan api kepada kumpulan kelas atasan dan pertengahan memberi kesan dalam perbelanjaan, Ramon berkata kerajaan seharusnya yakin bahawa rata-rata rakyat Malaysia cukup waras untuk tidak berbelanja ke atas pembelian yang tidak perlu.

Selain merasionalisasikan subsidi, bekas pengerusi  Institut Strategi Kepimpinan Asia (ASLI) itu menambah adalah penting bagi kerajaan untuk mengamalkan tadbir urus yang baik dan menghentikan ketirisan dalam usaha menangani inflasi.

''Terdapat kekurangan dalam reformasi, manakala rasuah juga difahamkan masih berleluasa. Bayangkan jika kita menghapuskan subsidi, ini hanya akan menambahkan lagi masalah yang dihadapi rakyat.” – Getaran, 21 Mei 2022

Sorotan

1

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

2

APM Selamatkan Kanak-kanak Terperangkap Dalam Kereta Di Bukit Bintang

3

SPRM Ke Riyadh Untuk Sahkan Surat Derma RM2.6 Bilion - Saksi 

4

Kerajaan Terengganu Sentiasa Jalin Hubungan Baik Dengan Kerajaan Persekutuan - MB

5

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital 

6

Hafizh Syahrin Raih Kejuaraan Sulung Di Zhuhai

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 15 jam yang lalu

Pelan Tindakan KL20 Sasar Capai Penilaian Pemula Niaga RM400 Bilion Menjelang 2030