web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AS, M’sia Meterai Memorandum Kerjasama Bekalan Semikonduktor

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 8:34AM

Azmin (dua kanan) mengadakan perbincangan dengan Raimondo (dua kiri). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS) Gina M Raimondo dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memeterai Memorandum Kerjasama (MOC) AS-Malaysia mengenai daya tahan rantaian bekalan semikonduktor.

MOC itu bertujuan menyediakan prinsip panduan kepada kedua-dua negara berikutan kerjasama masing-masing dalam memperkukuh usaha-usaha daya tahan rantaian bekalan semikonduktor.

Ketika menandatangani MOC berkenaan, Raimondo dan Mohamed Azmin mengakui kerjasama AS-Malaysia merupakan elemen penting dalam mewujudkan rantaian bekalan semikonduktor yang berdaya tahan, terjamin dan mampan.

“Berdasarkan lawatan Raimondo ke Malaysia pada November 2021, MOC tersebut akan memperteguh perkongsian yang semakin berkembang di antara kedua-dua kerajaan dan industri semikonduktor,” menurut kedua-dua pihak dalam kenyataan bersama, hari ini.

MOC tersebut turut berperanan meningkatkan ketelusan dan kepercayaan, selain menggalakkan pelaburan dalam rantaian bekalan semikonduktor.

Sebagai menunjukkan komitmen mereka terhadap aktiviti yang digariskan dalam MOC berkenaan, kedua-dua pemimpin mengadakan persidangan meja bulat dengan pakar industri untuk membincangkan mengenai cabaran rantaian bekalan jangka panjang dan semasa, di samping peluang kepada kedua-dua negara dan ekonomi global.

Semasa mesyuarat itu, Raimondo dan Mohamed Azmin sekali lagi menegaskan kepentingan hubungan perdagangan dan pelaburan AS-Malaysia berikutan hubungan diplomatik selama 65 tahun dan membincangkan bidang yang boleh ditingkatkan kerjasama.

Mereka turut bertukar-tukar pandangan mengenai Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF). Mereka antara lain membincangkan kepentingan untuk rangka kerja itu menjadi inklusif dan kaedah bagi IPEF untuk menyampaikan manfaat bermakna dari segi ekonomi, termasuk melalui  bantuan teknikal dan pembinaan kapasiti.

Jabatan Perdagangan AS dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia bercadang mengadakan pertukaran dengan pihak berkepentingan di bawah MOC itu, pada masa akan datang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Manfaatkan Pelbagai Sumber Modal Menerusi Pelaburan Hijau - MITI

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwaan Atas Muhyiddin Kerana Mahu Jatuhkan Kredibiliti BERSATU – Azmin 

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok