web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kurang Beli Ekuiti, Jumlah Pelaburan Pelabur Asing Menurun

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2021 3:17PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelabur asing membeli ekuiti tempatan bernilai RM425.3 juta bersih di Bursa Malaysia sehingga 19 Mac, menjadikan aliran keluar bersih asing terkumpul setakat ini pada tahun ini kepada RM1.3 bilion atau US$318.2 juta.

“Ini lebih rendah daripada beberapa pasaran di Asean seperti Thailand dan Filipina yang mencatatkan aliran keluar bersih asing, masing-masing sebanyak US$1.1 bilion dan US$849.6 juta, setakat ini pada 2021,” kata Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim.

Pada minggu ketiga Mac, katanya pelabur asing menjual ekuiti tempatan bernilai RM101.1 juta bersih berbanding RM240.7 juta pada minggu sebelumnya.

 Adam berkata Bursa Malaysia memulakan minggu tersebut dengan sentimen positif berikutan pelabur antarabangsa menyerap RM26.0 juta bersih ekuiti tempatan pada Isnin.

“Sentimen serantau dibantu oleh aktiviti ekonomi China yang melonjak dalam tempoh dua bulan pertama 2021 berbanding tahun lepas, walaupun angka menunjukkan pemulihan yang tidak sekata dengan pengeluaran industri yang kukuh didorong oleh eksport tetapi perbelanjaan pengguna mencatat kemajuan yang perlahan,” katanya kepada Bernama.

Pada Selasa, katanya pelabur antarabangsa menjadi penjual bersih di bursa tempatan berikutan mereka mengeluarkan RM21.4 juta bersih menjelang mesyuarat dasar monetari utama Rizab Persekutuan (Fed) pada Rabu.

Selain itu, katanya sentimen mengambil risiko telah terjejas oleh berita bahawa negara-negara terbesar di Eropah, termasuk Jerman dan Perancis, memutuskan untuk menangguhkan penggunaan vaksin COVID-19 AstraZeneca Plc berikutan kebimbangan mengenai kesihatan yang semakin meningkat yang telah mewujudkan satu lagi penangguhan untuk kempen vaksinasi Kesatuan Eropah.

“Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia pada Rabu dengan sejumlah RM12.8 juta bersih berikutan kaunter sarung tangan menyaksikan minat belian berikutan langkah oleh negara-negara Eropah untuk menggantung penggunaan vaksin COVID-19 AstraZeneca yang telah meningkatkan prospek penggunaan sarung tangan yang lebih tinggi di rantau itu.

“Bagaimanapun, penggantungan tersebut kemudiannya ditarik balik pada akhir minggu itu berikutan kes meningkat dalam persekitaran sekatan pergerakan baharu,” katanya.

Pada Khamis, dana asing terus membeli ekuiti tempatan walaupun pada kadar yang perlahan sebanyak RM9.5 juta bersih berikutan jaminan oleh Fed untuk mengekalkan kadar faedah hampir sifar untuk tempoh yang panjang walaupun dijangka inflasi meningkat.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Fed AS mengekalkan kadar dasarnya pada paras sedia ada sebanyak 0-0.25 peratus selepas mesyuarat FOMC Mac 2021.

Ia turut meningkatkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2021 daripada +4.2 peratus kepada +6.5 peratus.

“Pada Jumaat lepas, pelabur asing menjual ekuiti tempatan bernilai RM128.0 juta bersih berikutan rundingan peringkat tinggi yang pertama antara AS dan China tidak berjalan lancar,” kata Adam.

Beliau berkata kedua-dua pihak saling mengkritik antara satu sama lain mengenai hak asasi manusia, perdagangan dan pakatan antarabangsa.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan program rangsangan tambahan bertujuan memerangi pandemik COVID-19 serta memperkasakan ekonomi dan rakyat semasa peringkat pemulihan.

Program rangsangan tambahan itu, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) berjumlah RM20 bilion dengan suntikan fiskal tambahan sebanyak RM11 bilion oleh kerajaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori