web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Unjuran KDNK 2022 Boleh Dicapai Susulan Pembukaan Semula Sempadan

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2022 12:18PM

Mustapa Mohamed - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun ini berikutan pembukaan semula sempadan negara minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata perkembangan terbaharu ini akan memberi kesan yang sangat positif kepada ekonomi terutamanya sektor perkhidmatan.

Katanya pembukaan sempadan amat dinantikan oleh seluruh rakyat dan komuniti perniagaan termasuk pengusaha industri kecil dan sederhana.

“Kita lebih yakin untuk mencapai unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar 5.5-6.5 peratus,” katanya.

Beliau ditemui ketika melawat Malaysia Healthcare Expo 2022 di sini, anjuran Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) selama empat hari yang berakhir hari ini.

Menurut Mustapa, Johor bakal menerima impak ekonomi yang besar memandangkan aktiviti rentas sempadan darat Malaysia dan Singapura kembali rancak.

Pada awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa negara akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik dan pembukaan semula sempadan mulai 1 April.

Sementara itu, Mustapa yang juga pengerusi bersama MHTC, menjangka pelancong kesihatan dari Indonesia akan mencapai jumlah yang sama direkodkan sebelum pandemik COVID-19 menjelang 2025.

Pada 2019, lebih 675,000 rakyat Indonesia mendapatkan rawatan perubatan di Malaysia dan hanya seramai 635 orang untuk tempoh 2020 hingga 2021.

Dengan pembukaan sempadan, katanya beliau berharap kedatangan mereka akan beransur-ansur naik dan seterusnya meningkatkan kembali industri pelancongan kesihatan negara.

“Malaysia menjanjikan penjagaan kesihatan yang selamat untuk pelancong perubatan Indonesia,” katanya.

Empat wakil pelancongan negeri dan 10 hospital ahli MHTC mempamerkan tawaran penjagaan kesihatan yang terbaik antaranya dalam bidang kesuburan, kardiologi, onkologi dan Hepatitis C.

Mustapa diiringi Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Indonesia (Chargé d'affaires) Adlan Mohd Shaffieq, Ketua Pegawai Eksekutif MHTC Mohd Daud Mohd Arif, Pengarah Pemasaran Indonesia MHTC Farah Delah Suhaimi dan Pengarah Tourism Malaysia Jakarta Junus Suhid. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik