Berita Terkini

8 jam yang lalu: Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, 6 petugas cedera ringan - Bomba 8 jam yang lalu: 2 cedera dalam kebakaran gudang simpanan bahan kimia 8 jam yang lalu: Cuaca panas: Solat hajat mohon doa kesejahteraan diadakan esok - Na'im 8 jam yang lalu: Mohd Hairi ketuai jentera Pemuda UMNO pada PRN 6 negeri 8 jam yang lalu: Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi

IKUTI KAMI


AirAsia Group Berjaya Laksana Penempatan Saham Swasta Tahap Kedua

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 2:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - AirAsia Group Bhd telah berjaya melaksanakan langkah penempatan saham swasta tahap kedua pada Rabu yang merangkumi sejumlah 100.37 juta saham biasa baharu atau kira-kira tiga peratus daripada jumlah saham terbitannya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tony Fernandes berkata kejayaan langkah penempatan tersebut serta sambutan positif daripada pelabur tempatan dan asing adalah bukti keteguhan AirAsia selain potensi masa depannya yang cerah, terutama menerusi transformasi ke arah perniagaan digital dan data.

“Langkah itu juga merupakan bahagian penting daripada keseluruhan usaha pengumpulan dana bagi memastikan kecairan sepanjang 2021.

“Daripada jumlah perolehan kasar tersebut, AirAsia akan memperuntukkan dana itu bagi menyokong usaha penyelesaian kos lindung nilai bahan bakar, perbelanjaan kerja secara umum, pembayaran sewa dan penyelenggaraan pesawat serta membiayai unit perniagaan Digital AirAsia iaitu AirAsia super app dan platform teknologi kewangan BigPay,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Penempatan tahap kedua dengan terbitan saham pada 86.5 sen sesaham itu menyusuli langkah penempatan tahap pertama merangkumi 11.07 peratus atau terbitan 369.85 juta saham pada 19 Februari lepas yang menyaksikan pembabitan pelabur berpangkalan di Hong Kong, Dr Stanley Choi Chiu Fai sebagai antara pemegang saham terbesar setelah bertindak menambah pegangan saham beliau kepada 8.96 peratus berbanding 5 peratus sebelum ini.

Secara keseluruhannya, kedua-dua tahap itu menjadikan penerbitan saham baharu berjumlah 470.21 juta di bawah pelaksanaan penempatan saham swasta itu mewakili 14.07 peratus daripada jumlah saham terbitan AirAsia Group dan berjaya mengumpul sejumlah RM336.46 juta.

Sebelum ini, pemegang saham AirAsia Group dan Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan pelaksanaan langkah penempatan swasta oleh AirAsia Group sehingga 20 peratus daripada jumlah saham AirAsia Group yang diterbitkan.

Langkah itu adalah antara rancangan besar AirAsia Group untuk mengumpul RM2 bilion hingga RM2.5 bilion melalui gabungan hutang dan ekuiti bagi tujuan pembiayaan termasuk keperluan modal kumpulan itu.

Malah, pada skala lebih luas, Fernandez menyifatkan penempatan swasta itu turut membuktikan kepercayaan kukuh terhadap pemulihan industri penerbangan dan pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Di Airasia, kami mempunyai rancangan kukuh yang membolehkan kami terus bertahan menerusi perkhidmatan domestik sehinggalah sempadan antarabangsa dibuka semula,” katanya.

Beliau turut yakin terhadap pelaksanaan program vaksinasi di pasaran-pasaran utama kumpulan itu yang dijangka membabitkan 40- 50 peratus penduduk menjelang suku ketiga tahun ini serta faktor lain yang turut memacu semula sektor perjalanan udara dalam masa terdekat.

Faktor lain seperti pendidikan dan ujian saringan COVID-19 yang lebih baik, sokongan kukuh terhadap gelembung perjalanan percutian di negara dan wilayah yang berisiko rendah serta dorongan bagi mewujudkan pasport kesihatan digital global. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bursa Malaysia Beri Amaran Mengenai Penyamaran Sebagai Pengurusan Bursa Di Media Sosial

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Mana Pampasan Kami? Penumpang Perjalanan Guangzhou-KL Berang Sikap Berdiam Diri AirAsia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Bagasi Bawa 22 Ular Dikawal Sepenuhnya Polis Bantuan, Diterima Syarikat Penerbangan

4

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Bursa Securities Nyahsenarai Scomi, Tolak Permohonan Lanjut Pelan Regularisasi

Sorotan

1

Anwar Umum Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air Di UMS

2

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

3

Raja Permaisuri Agong Berkenan Melawat Pameran Produk Kraf Jordan Di Amman

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 23 jam yang lalu

Dasar Fiskal Kerajaan, Belanjawan 2023 Buahkan Hasil, Pertumbuhan Ekonomi Memberangsangkan - PM

oleh Sophia Ahmad

Ekonomi 23 jam yang lalu

Pulih Segera Daya Saing Negara, Itu Jaminan Perkukuh Semula Ringgit 

oleh Aiman Sadiq