web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KLIA Antara 10 Lapangan Terbang Terbaik Dunia Pada 2020

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 5:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah disenaraikan antara 10 lapangan terbang terbaik dunia menerusi kaji selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) global bagi kategori melebihi 40 juta penumpang setahun pada 2020.

Kaji selidik itu dijalankan oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) manakala ASQ merupakan tanda aras lapangan terbang terbaik dunia dari segi kepuasan menyeluruh penumpang yang merangkumi aspek keselamatan terminal, kemudahan, perkhidmatan serta kebersihan.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataannya pada Isnin, menyifatkan pencapaian KLIA yang diumumkan oleh ACI pada awal bulan ini adalah susulan daripada usaha berterusan membabitkan inisiatif-inisiatif penambahbaikan biarpun terjejas teruk akibat penularan pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata jumlah trafik penumpang bagi kumpulan MAHB masih rendah berikutan sekatan perjalanan domestik dan antarabangsa dengan hanya mencatat 1.6 juta pergerakan penumpang pada Februari lepas.

Bagaimanapun, katanya, lapangan tersebut akan tetap meneruskan projek-projek penting seperti pengubahsuaian kemudahan bilik air, pembentukan pasukan kecemerlangan operasi yang mengenal pasti serta mereka bentuk inisiatif penambahbaikan.

Ini termasuk langkah memperkenalkan Exceptional People Practice Playbook - garis panduan manual dwibahasa sebagai panduan untuk petugas di barisan hadapan berinteraksi dengan pelanggan mereka.

“Bagi tahun ini, penumpang boleh menjangkakan untuk menikmati perjalanan yang telah ditambah baik seperti tempoh menunggu lebih singkat dan teknologi pengecaman wajah yang menjadi sebahagian daripada transformasi digital Lapangan Terbang 4.0 kami,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shukrie juga optimis terhadap daya tahan permintaan bagi perjalanan udara.

“Kami telah menyaksikan peningkatan semula (permintaan) yang lebih kukuh apabila beberapa sekatan perjalanan ditarik balik sebelum ini. Oleh itu, MAHB akan terus mempertingkat tawaran-tawaran berkaitan.

“Malah, langkah untuk sentiasa peka dengan permintaan penumpang dan industri penerbangan ini akan turut membantu kami untuk terus kekal di kedudukan hadapan dalam persaingan selain sejajar dengan sasaran kami untuk muncul sebagai antara lima lapangan terbang terbaik bagi tahun ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

3

Politik 2 tahun yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Tembak Di KLIA: 'Sila Serah Diri Secara Aman' - Polis

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori