web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wan Shardini Anak Sarawak Pertama Dilantik Ahli Lembaga Pengarah SKM

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2021 12:15PM

Wan Shardini Wan Salleh. - Gambar dari forestry.sarawak.gov.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Wan Shardini Wan Salleh menjadi anak Sarawak yang pertama dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), berkuat kuasa 4 Februari lepas.

Surat pelantikan itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu majlis di pusat komuniti Kampung Buntal, di sini semalam.

Dalam kenyataannya hari ini, Wan Junaidi berkata pelantikan Wan Shardini itu akan membantu pembangunan sektor koperasi di Sarawak.

“Sarawak merupakan sebuah negeri yang luas, justeru mempunyai cabaran tersendiri. Saya harap penyertaan anak Sarawak dalam Lembaga Pengarah SKM ini akan dapat membantu suruhanjaya itu  meningkatkan pemahamannya tentang Sarawak, sekali gus berupaya mengembangkan sektor koperasi negeri,” katanya.

Sebelum ini, Wan Shardini yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains daripada Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Sains (Teknologi Kayu) daripada University College North Wales, United Kingdom, berkhidmat di Jabatan Hutan Sarawak selama 34 tahun dengan jawatan terakhir beliau ialah Timbalan Pengarah Hutan Sarawak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori