web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Farm Fresh Dijangka Disenarai Pada Suku Pertama 2022

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 2:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Farm Fresh Bhd yang menandatangani perjanjian taja jamin hari ini bersempena dengan tawaran awam permulaan (IPO)nya, dijangka disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities pada suku pertama tahun ini.

Kumpulan tenusu bersepadu itu berkata perjanjian taja jamin itu telah dimeterai dengan CIMB Investment Bank Bhd, Maybank Investment Bank Bhd, Affin Hwang Investment Bank Bhd, AmInvestment Bank Bhd, Hong Leong Investment Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd.

Loi Tuan Ee - Gambar dari farmfresh.com.my
Loi Tuan Ee - Gambar dari farmfresh.com.my

“Dalam tempoh 12 tahun, kami telah berkembang menjadi antara pengeluar tenusu terkemuka negara walaupun terdapat saingan sengit daripada jenama lain.

“Majlis taja jamin ini membawa kami selangkah lebih dekat dengan cadangan kami untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Securities,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Loi Tuan Ee dalam satu kenyataan hari ini.

IPO itu terdiri daripada tawaran untuk jualan sehingga 520.2 juta saham sedia ada dan terbitan awam sebanyak 223 juta saham baharu.

Farm Fresh (dahulunya The Holstein Milk Company Sdn Bhd) adalah antara syarikat tenusu tempatan terbesar di Malaysia dengan anggaran 18 peratus penguasaan pasaran dalam segmen susu sedia untuk diminum setakat 30 Sept, 2021.

Ia mengendalikan lima ladang tenusu di Malaysia dan satu ladang tenusu di Australia merentasi kawasan seluas kira-kira 5,400 ekar (2,185 hektar). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan