web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Capital A Jangka Perniagaan Penerbangan Catat Pemulihan Penuh Pada Suku Keempat

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2022 4:56PM

Tan Sri Tony Fernandes - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Capital A Bhd (sebelum ini dikenali sebagai AirAsia Group Bhd), menjangka perniagaan penerbangannya mencatatkan pemulihan penuh pada suku keempat tahun ini (S4 2022) kembali ke paras seperti sebelum COVID-19 disumbang oleh permintaan terpendam susulan pembukaan semula banyak sempadan antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes berkata permintaan terhadap perjalanan domestik telah meningkat, dengan hanya segelintir orang yang melakukan penerbangan jarak jauh, sambil menambah kumpulan itu menyaksikan peluang yang amat besar di pasaran India dan akan terus menggerakkan pasaran antara-ASEAN bagi menyokong pertumbuhannya.

“Kami merasakan pesawat kami akan kembali beroperasi penuh menjelang S4 2022 dengan atau tanpa pasaran China. Jika China kembali semula, ia merupakan satu bonus yang besar. 

“S4 2022 mungkin satu gambaran yang berbeza di China (kerana negara itu masih menutup sempadannya buat masa ini) tetapi kami menjangkakan China akan dibukakan sepenuhnya.

“Kami berharap menjelang S4 2022, semua 200 pesawat kami akan dapat digunakan,” katanya kepada pemberita semasa taklimat menerusi dalam talian mengenai penstrukturan semula selanjutnya kumpulan itu hari ini.

Penggunaan pesawat syarikat penerbangan kumpulan itu ketika ini berada pada 45 peratus.

Terdahulu, Fernandes mengumumkan syarikat pegangan bagi kumpulan penerbangannya, AirAsia Aviation Ltd (AAAL) telah dinamakan sebagai AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL), bagi mencerminkan strategi pemulihan dan pertumbuhan kumpulan dengan menggabungkan semua operasi penerbangannya di bawah satu entiti untuk menumpukan kepada pengembangan perniagaan dalam ekosistem yang lebih besar.

Beliau juga mengumumkan pelantikan Tan Sri Jamaludin Ibrahim sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif untuk menyediakan perspektif baharu dan kepimpinan unggul dalam lembaga bagi menyokong pertumbuhan strategik perniagaan penerbangan. 

“Di bawah struktur baharu itu, AAAGL akan menyelia semua penerbangan dalam Capital A, serta fungsi sokongan antarabangsa berkaitan termasuk AirAsia Consulting; bahagian perkhidmatan korporat perkongsian, operasi AirAsia di Asia Tenggara; kumpulan Santan food; dan perniagaan usaha sama perkhidmatan pengendalian darat, GTR,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AAAGL Bo Lingam berkata perubahan struktur itu bertujuan untuk menyediakan platform berasingan yang kukuh bagi operasi penerbangan, menyokong tumpuan berterusan Capital A untuk menjadi bukan hanya sekadar syarikat penerbangan.

“AAAGL akan menjadi satu daripada tunggak utama di bawah Capital A, beserta perniagaan digital baharu dan syarikat kejuruteraan pesawat, Asia Digital Engineering (ADE) - yang juga bakal mengumumkan barisan lembaga pengarah baharu dalam tempoh terdekat ini sebagai entiti berasingan kepada AAAGL.

“Pertumbuhan masa depan kumpulan penerbangan dijangka datang daripada usaha niaga baharu, perkongsian, geografi dan perniagaan berdekatan, mengembangkan ekosistem lebih meluas kumpulan penerbangan itu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Timor-Leste Secara Rasmi Sertai ASEAN, Lengkapkan Peta Asia Tenggara

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pertemuan Dengan Trump Berjalan Ikut Jadual, PM Terima Memorandum Sokongan 16 NGO

4

Pendidikan 7 bulan yang lalu

102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PdPR Dan BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 - KPM

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori