Berita Terkini

19 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pertumbuhan Industri Takaful Malaysia Dijangka Terus Kukuh Tahun Ini - FITCH

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2021 5:14PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertumbuhan industri takaful Malaysia dijangka terus stabil tahun ini, didorong oleh inisiatif serta sokongan daripada ekosistem kewangan Islam, kata Fitch Ratings.

Faktor lain termasuk pertumbuhan ekonomi yang kukuh yang mana agensi penarafan kredit mengunjurkan pada 6.7 peratus pada tahun 2021, peningkatan pendigitalan, kesedaran yang lebih tinggi dan kadar penembusan insurans hayat yang rendah.

Bagaimanapun, Fitch menjangkakan penembusan takaful akan terus meningkat, dirangsang oleh inisiatif kerajaan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah untuk membeli perlindungan insurans dan takaful di bawah skim 'Perlindungan Tenang'.

Fitch berkata ekosistem kewangan Islam Malaysia yang rancak merangkumi bank Islam, syarikat patuh syariah, pengurus dana Islam dan industri halal turut mencari produk takaful yang mana bancasurans (bancassurance) adalah salah satu saluran pengedaran utama.

"Permintaan takaful muncul daripada terbitan sukuk yang merupakan lebih daripada 60 peratus terbitan domestik tertunggak dan sering dikaitkan dengan projek dan menginsuranskan aset asas.

"Syarikat takaful juga boleh melaburkan kecairan/mudah tunai mereka dalam sukuk yang pelbagai dan pilihan Islam yang lain," katanya dalam satu nota hari ini.

Menurut Fitch, takaful Malaysia terus mendapat tempat di pasaran insurans semasa berlakunya penularan pandemik pada tahun 2020.

Industri ini menguasai 38 peratus daripada pasaran insurans hayat domestik pada separuh pertama 2020 berbanding 34 peratus pada tahun 2019, sementara akaun takaful am stabil pada 16 peratus daripada keseluruhan pasaran insurans am.

Ia mencatatkan pertumbuhan rendah tahun lepas berikutan penurunan caruman baharu di bahawa larangan pergerakan berkaitan pandemik, kata agensi penarafan kredit.

Oleh itu, sumbangan takaful keluarga kepada pertumbuhan keseluruhan berkurangan kepada dua peratus pada separuh pertama 2020 berbanding 25 peratus pada tahun 2019 sementara sumbangan takaful am hanya meningkat 0.6 peratus daripada 20 peratus.

Namun demikian, pertumbuhan takaful tetap stabil berbanding dengan sumbangan am dan insurans hayat, yang masing-masing menyusut masing-masing sebanyak 3.6 peratus dan 12.6 peratus, kata Fitch. - Bernama

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan