web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


AirAsia Sasar Jadi Syarikat Penghantaran Makanan, E-Panggilan Terbesar Asia

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 8:52PM

AirAsia mahu mengembangkan perkhidmatan penghantaran makanan dan e-panggilan ke Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - AirAsia Group menyasar untuk menjadi syarikat penghantaran makanan dan e-panggilan terbesar di Asia daripada hanya menawarkan penerbangan di rantau ini, susulan kejayaan pengambilalihan platform perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian tempatan, Delivereat, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tan Sri Tony Fernandes berkata beliau yakin ‘airasia food’ dan Super App boleh menjadi antara syarikat penghantaran makanan dan e-panggilan serta agensi pelancongan dalam talian terbesar di Asia.

“Ketika (saya memulakan) AirAsia, saya sentiasa fikir kalau kami boleh menjadi syarikat penerbangan terbesar, dan kami berjaya melakukannya. Kami adalah syarikat penerbangan keempat terbesar di Asia...Kami bermula dengan hanya dua pesawat, 200,000 penumpang, dan kini kami mencatatkan 19 juta penumpang.

“Jadi saya duduk dan fikir, bolehkah kami menjadi syarikat penghantaran makanan dan syarikat e-panggilan terbesar? Hari ini, secara rasminya saya berkata bahawa kami boleh...saya berpandangan, kami akan melakukannya dan (mengatasi) pesaing sedia ada sebagaimana kami mengatasi syarikat penerbangan lain,” katanya pada sidang media di sini, pada Ahad.

Fernandes berkata beliau mahu mengembangkan perkhidmatan penuh aplikasi itu ke Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina dalam jangka pendek.

Terdahulu, beliau juga mengumumkan pelantikan Pengasas Delivereat, Tan Suan Sear sebagai Ketua Kumpulan airasia food di bawah AirAsia Super App serta Leong Shir Mein sebagai Ketua Perkhidmatan Atas Permintaan bagi cabang logistik AirAsia, Teleport.

Fernandes berkata AirAsia Group gembira atas perkongsian ini memandangkan ia menyokong strategi syarikat untuk terus memberi perkhidmatan kepada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan dan menjadi syarikat penyampaian nilai terbaik di ASEAN.

Beliau turut mengatakan rasa kagum terhadap Delivereat, sebuah syarikat penghantaran tempatan yang mampu berdiri sendiri, mengekalkan kemampanan operasi syarikat dan menawarkan platform perniagaan dan pekerjaan kepada masyarakat.

Pada Ogos lepas, cabang logistik digital AirAsia, Teleport, menandatangani perjanjian untuk membeli 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Delivereat pada US$9.8 juta (US$1=RM4.17) bagi mengukuhkan perkhidmatan penghantarannya di negara ini. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat