web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AirAsia Sasar Perkhidmatan ‘Teksi Terbang’

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2021 11:54AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dalam perancangan untuk melancarkan perkhidmatan ‘teksi terbang’ menggunakan aplikasi mudah alih seawal tahun hadapan.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu Tan Sri, Tony Fernandes berkata, syarikat penerbangan sangat terkesan akibat pandemik coronavirus dan ini telah menyebabkan AirAsia mengembangkan sayapnya ke ruang digital.

Syarikat itu telah melancarkan ‘super app’ tahun lepas yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dari percutian, membeli-belah, logistik dan khidmat kewangan, lapor Bloomberg.

"Kami sedang mengusahakannya sekarang. Dalam jangkaan kami ia akan dilancarkan dalam masa setahun setengah dari sekarang.

“Kami mengambil ini sebagai satu peluang untuk menyusun semula perniagaan ini,” tambah Fernandes semasa perbincangan maya dalam Forum Ekonomi Belia, pada Sabtu.

AirAsia dijangka memulakan perkhidmatan e-hailing sendiri pada April. Perkhidmatan “teksi terbang” akan menyediakan empat tempat penumpang yang dipacu sebuah quadcopter.

Dalam perkembangan lain, syarikat itu juga mengumumkan akan berkerjasama dengan satu badan kerajaan, Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (Magic) untuk membangunkan satu perkhidmatan penghantaran menggunakan dron di kawasan bandar.

Sementara AirAsia mencari peluang lanjut untuk mengembangkan perkhidmatannya ke sektor baharu, Fernandes optimis khidmat penerbangan akan kembali pulih dengan adanya program vaksinasi. - Getaran, 9 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

AirAsia Sambung Laluan Penerbangan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori