Berita Terkini

9 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


TM, YTL Pengendali Pertama Sedia Akses 5G Di Malaysia - DNB

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 1:58PM

Wing K. Lee (kanan) pada majlis pengumuman mengenai Ketersediaan Komersial Perkhidmatan 5G, di Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Digital Nasional Bhd (DNB) komited terhadap pelaksanaan liputan 5G yang dipercepatkan untuk 80 peratus penduduk di seluruh negara menjelang 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DNB, Ralph Marshall berkata Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi pihak Unifi Mobile dan YTL Communications Sdn Bhd mewakili Yes akan menjadi dua pengendali pertama di negara ini yang menyediakan akses 5G kepada pelanggan masing-masing di kawasan liputan.

“Kami gembira mengalu-alukan TM dan YTL Communications selaku pelanggan terawal kami bagi rangkaian 5G di Malaysia.

“TM adalah penyedia telekomunikasi paling lama di negara ini, memperkenalkan perkhidmatan telekomunikasi sejak hampir 40 tahun lepas pada 1984, manakala YTL Communications merupakan penyedia rangkaian 4G paling baharu dan satu-satunya di Malaysia,” katanya berucap pada pengumuman mengenai Ketersediaan Komersial Perkhidmatan 5G di sini, hari ini.

Ralph Marshall
Ralph Marshall

Menurutnya, kedua-dua penyedia mempunyai hampir 4.5 juta pelanggan dengan purata permintaan data bulanan antara 40 hingga 50GB bagi setiap pelanggan.

CEO YTL Communications Sdn Bhd, Wing K. Lee berkata ketersediaan 5G yang disokong ekosistem DNB yang kukuh akan mempercepatkan liputan dan pelaksanaan 5G di seluruh negara.

“Kami gembira menjadi yang pertama di Malaysia untuk membawakan 5G kepada rakyat melalui pelan 5G kami yang pertama di pasaran," katanya.

DNB berkata TM dan YTL Communications merupakan dua syarikat pertama yang memanfaatkan tawaran DNB bagi perkhidmatan 5G secara borong dengan percuma untuk semua pengendali rangkaian mudah alih (MNO) yang disepadukan dalam rangkaian DNB.

“Pengguna akhir dengan peranti serasi 5G akan menikmati purata kelajuan 100 Mbps. Ini bererti, pengguna yang berada pada liputan 5G paling lemah akan menerima purata 100 Mbps bagi peranti serasi 5G.

“Yang penting  DNB akan menyediakan perkhidmatan borong 5G kepada MNO dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding kos semasa mereka untuk menghasilkan kapasiti 4G. Justeru, MNO boleh menawarkan harga lebih rendah kepada pelanggan bagi perkhidmatan mudah alih, termasuk perkhidmatan 5G,” katanya.

DNB berharap MNO berupaya menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggan dengan peranti  bersesuaian di kawasan liputan.

Sementara itu, sebagai penyedia borong 5G, DNB berkata ia tidak akan bersaing dengan industri untuk menyediakan perkhidmatan runcit 5G kepada pengguna akhir.

“Sebaliknya, DNB melengkapkan usaha MNO untuk mempercepatkan pelaksanaan 5G di negara ini. Pengguna akhir digalakkan menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan maklumat mengenai ketersediaan 5G,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

DNB, CSM Bawah Kementerian Digital - Fahmi

2

Semasa 9 bulan yang lalu

5G: Syarikat Telekomunikasi Bakal Umum Berita Gembira Hujung Bulan Ini - Fahmi

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Rangkaian 5G DNB Akan Terus Digunakan Meskipun Negara Beralih Kepada Dwirangkaian 5G - Fahmi

4

Semasa 10 bulan yang lalu

TM Keluar Notis Penamatan Berhubung Perolehan SSA Ke Atas Kepentingan Dalam DNB

Sorotan

1

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

2

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

4

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

5

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

6

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

7

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM