web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$109 Bilion Pada 26 Feb

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2021 4:42PM

Bank Negara Malaysia - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$109 bilion pada 26 Feb, 2021, berbanding US$108.6 bilion pada  29 Jan.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Bank pusat berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$100.6 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)  (US$1.5 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$2.4 bilion), dan aset rizab lain (US$3.3 bilion).

Aset-aset terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah  RM437.92 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.17 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.72 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM18.68 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), dan aset-aset lain (RM16.54 bilion).

Bank pusat berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM169.99 bilion), mata wang dalam edaran (RM139.12 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM138.79 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM9.19 billion), deposit lain (RM14.97 bilion), kertas Bank Negara (RM9 bilion), peruntukan SDR (RM7.79 bilion) dan liabiliti lain (RM5.22 bilion). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori