web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerugian Bersih MAHB Berkurangan Kepada RM182.31 Juta

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 8:08AM

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur antara yang dioperasikan oleh MAHB. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerugian bersih Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkurangan kepada RM182.31 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2021 daripada kerugian bersih RM319.71 juta dalam tempoh yang sama pada tahun 2020.

Perolehan naik kepada RM461.33 juta daripada RM396.69 juta sebelumnya, didorong oleh jumlah penumpang yang lebih tinggi untuk operasi Turkinya berikutan pembukaan pintu sempadan dan perjalanan rentas negeri.

“Operasi di Turki menunjukkan ia akan kembali normal apabila trafik penumpang meningkat daripada 4.9 juta kepada 8.9 juta penumpang.

“Trafik penumpang untuk operasi di Malaysia menguncup sebanyak 77.8 peratus kepada 1.0 juta penumpang berbanding 4.5 juta penumpang pada suku yang sama tahun lepas, kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan pergerakan penuh dilaksanakan semula mulai 1 Jun, 2021.

“Secara keseluruhan, ia mencatatkan penurunan perolehan sebanyak 40.3 peratus kepada RM151.3 juta,” kata pengendali lapangan terbang itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Ia juga berkata rangkaian lapangan terbang MAHB merekodkan 21.9 juta penumpang dari 1 Januari, 2021 hingga 30 September, 2021, berkurangan sebanyak 39.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Dalam tempoh yang sama, trafik kumpulan untuk penumpang antarabangsa dan domestik masing-masing merosot sebanyak 51.1 peratus dan 33.0 peratus.

Seiring dengan itu, pergerakan pesawat kumpulan itu susut sebanyak 32.2 peratus dengan pergerakan pesawat antarabangsa dan domestik masing-masing turun sebanyak 28.6 peratus dan 33.8 peratus.

“Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai sebanyak 90 peratus daripada populasi dewasa divaksinasi sepenuhnya, sasaran yang membawa kepada pengumuman yang sangat ditunggu-tunggu daripada kerajaan iaitu membenarkan rakyat Malaysia divaksin sepenuhnya melakukan perjalanan merentas negeri dan melancong ke luar negara.

“Pengumuman itu bersama inisiatif MAHB memastikan kesihatan, keselamatan dan pengalaman penumpang bertaraf dunia ini akan membantu meningkatkan prospek trafik Malaysia untuk pulih dalam tempoh terdekat apabila sektor penerbangan dimulakan semula dan akhirnya kembali normal,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

2

Politik 2 tahun yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Keputusan UPKK 2023 Diumumkan 18 April Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keputusan Kes Nik Elin Tidak Jejas Mahkamah Syariah - Mohd Na'im

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori