web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


VTL : AirAsia Sambung Penerbangan Ke Lapangan Terbang Changi Mulai 29 November

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Nov 2021 2:38PM

Lapangan Terbang Changi, Singapura - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - AirAsia menyokong penuh keputusan kerajaan Malaysia dan Singapura untuk memulakan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara kedua-dua negara, dan sekali gus menyambung perkhidmatan udara bagi laluan penerbangan yang antara paling sibuk di dunia itu.

Justeru, AirAsia akan menyambung kembali penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan Lapangan Terbang Changi mulai 29 Nov, 2021.

Sebagai permulaan bagi operasi VTL, AirAsia akan mengendalikan tujuh penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke Singapura.

“Laluan ke bandar-bandar utama lain di Malaysia dan kekerapan penerbangan akan ditambah sejajar dengan peningkatan permintaan perjalanan sempena pembukaan semula lebih banyak destinasi percutian dalam masa terdekat, tertakluk kepada kelulusan dari pihak berkuasa,” jelasnya dalam kenyataan pada Sabtu.

Penumpang dari Malaysia yang telah lengkap vaksinasi dan ingin melancong ke Singapura diingatkan supaya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Singapura sebelum menempah penerbangan dan semasa ketibaan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata penyambungan semula perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura menandakan kemajuan besar dalam sektor perjalanan antarabangsa di rantau ini.

“Ini menunjukkan permintaan terpendam yang tinggi terhadap perjalanan antarabangsa, dan AirAsia bersedia untuk menyambut para tetamu dengan pelaksanaan protokol perjalanan yang ketat dan selamat di semua penerbangan kami.

“Semua penerbangan kami dikendalikan kakitangan yang telah divaksin sepenuhnya dan mereka akan terus memberikan perkhidmatan terbaik bertaraf dunia semasa pandemik ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Lembaga Pelancongan Singapura bagi Asia Tenggara, John Gregory Conceicao berkata skim VTL merupakan pencapaian penting dalam penyambungan semula perjalanan antara Singapura dan Malaysia secara beransur-ansur.

“Singapura bersedia untuk mengalu-alukan pelancong Malaysia melalui rakan utama seperti AirAsia,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori